Betul ke restoren Mr Tuk Tuk halal? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda benar-benar pasti samda restoren Tuk Tuk ada perakuan halal dari JAKIM.
Semakan status halal kali ke-2 untuk restoren Tuk Tuk ini telah dibuat di portal JAKIM pada 27 Feb 2022 menggunakan keywords “TUK TUK” dan “IJEON”.
Perkataan “TUK TUK” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini. Perkataan “IJEON” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “IJEON FOOD SERVICE (M) SDN BHD”.
Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk 1 lokasi saja iaitu yang terketak di Petaling Jaya (SS9A/17), Selangor.
Namun sijil halal untuk lokasi ini tidak boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan-cawangan restoren Tuk Tuk yang lain. Setiap cawangan perlu ada sijil halalnya sendiri jika pemilik restoren Tuk Tuk ingin mengatakan cawangan tersebut berstatus halal. (Rujukan: Klausa 18(4)(f), Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Domestik 2020 terbitan JAKIM).
Bukankan syarikat Ijeon dulu ada sijil halal?
Untuk makluman sijil halal mempunyai tempoh sah dan perlu diperbaharui setelah tamat tempoh.
JomHalal temui sijil halal untuk syarikat Ijeon Food Service (M) Sdn Bhd bernombor 2 215-04/2013 (10 digit terakahir) dan sijil halal ini telah tamat pada 31 Julai 2021.
Namun; JomHalal tidak dapat pastikan skop sebenar sijil halal yang telah tamat tempoh ini samada untuk kesemua cawangan ATAU cawangan tertentu saja dan juga samada ia merangkumi kesemua menu ATAU hanya untuk menu tertentu saja.
Seperti makluman di atas; semakan terkini menunjukkan sijil halal yang telah tamat tempoh ini TIDAK diperbaharui dan sijil halal yang ditemui di portal JAKIM hanya untuk 1 lokasi saja iaitu Petaling Jaya, Selangor.
Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.
Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.
Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.
Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.
Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).
PERLUKAN BANTUAN?
Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.
Seperti makluman, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.
- Empire City, Petaling Jaya, Selangor.
- Gamuda Walk, Kota Kemuning Shah Alam, Selangor.
- Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur.
- IOI Mall, Putrajaya.
- Nu Sentral Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
- Setia City Mall, Shah Alam, Selangor.
- Starling Mall, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.
- Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
- Sunway Velocity, Cheras, Kuala Lumpur.
Semakan Status Halal Terdahulu.
Ini adalah semakan yang ke-2 untuk check samda Mr Tuk Tuk halal.
Semakan sebelum ini pernah dibuat pada 16 Oktober 2021 (Tiada perakuan halal).
Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.
Senarai Menu.
Ini antara menu di restoren ini.
Seperti makluman, kesemua menu di restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.
- Beef Salad
- Black Peppper Beef
- Crispy Fish Fillet
- Dry Chilli Chicken
- Fried Chicken Wings
- Fried Kangkung
- Glass Noodle Salad
- Green Curry
- Kai Ping
- Lab Khai
- Mango with Sticky Rice
- Phat Thai
- Pineapple Fried Rice
- Prawn Cracker
- Salted Fish Fried Rice
- Shrimp Pancake
- Som Tam
- Sotong Salad
- Steam Sotong
- Thai Almond Chicken
- Thai Basil Beef
- Thai BBQ Lamb
- Thai Fish Cakes
- Thai Mango Salad
- Thai Pandan Chicken
- Thai Pomelo Salad
- Tom Kha – Chicken / Seafood
- Tom Yam – Chicken / Seafood
- Tom Yam Fried Rice
- Tom Yam Noodle
- Tuk Tuk Laksa