Betul ke cafe Tokyo Secret halal? Atau sijil halal cafe ini sebenarnya tidak sah lagi? Status halal sebenar dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info yang sahih.
TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.
Untuk beri anda info yang sahih; semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 2 Oktober 2021 menggunakan keyword “TOKYO SECRET”.
Perkataan “”TOKYO SECRET” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini dan juga nama pemiliknya iaitu “TOKYO SECRET SDN BHD” dan “TOKYO SECRET (ASIA) SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui yang bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.
Tapi bukankah cafe ini ada tunjuk sijil halal?
Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.
Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.
Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.
Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.
Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).
PERLUKAN BANTUAN?
Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.
Senarai Cawangan.
Senarai cawangan ini dipetik dari website cafe ini.
Seperti makluman, semakan terkini di portal JAKIM menunjukkan kesemua cawangan ini sebenarnya TIADA perakuan halal dari JAKIM.
- 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
- Mid Valley Southkey Johor Bharu, Johor.
- Mid Valley, Kuala Lumpur.
- Sky Avenue Genting Highlands, Pahang.
Info Tambahan Penting.
Seperti semakan yang dibuat; TIADA rekod sijil halal ditemui.
Ini juga bermaksud sijil halal yang cafe ini berkemungkinan ada pada tahun 2018; sudah tidak sah lagi KERANA JIKA SIJIL HALAL INI MASIH SAH ia pasti sudah kelihatan di portal JAKIM waktu carian dibuat. – Untuk makluman setiap sijil halal ada tempoh sahnya.
Ini info sijil halal 2018 yang dimaksudkan – seperti tertera di FB cafe ini pada 11 Mei 2018 – klik pada imej untuk lihat lebih jelas.

Semakan Status Halal Terdahulu.
Ini adalah semakan yang pertama untuk lihat samada Tokyo Secret halal.
Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.
Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).
Senarai Menu.
Ini antara menu di cawangan ini serta jika anda order secara online.
Seperti makluman, semakan terkini menunjukkan menu di semua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.
- Hanjuku Cheese Tart
- Classic Honey Toast
- Strawberry Lover Honey Toast
- Syukurimu (Almond crispy coating pastry filled with sweet and creamy custard filling).
- Black Chocolate Honey Toast
- Signature Waffle (Belgian Waffle)
- Signature Mille Crêpe Cake
- Chocolate Crêpe Cake
- Coffee Crêpe Cake
- Matcha Crêpe Cake
- Strawberry Crêpe Cake
- Passionfruit Mango Crêpe Cake
- Pandan Crêpe Cake
- Rose Mille Crêpe Cake
- Checkered Chocolate Cake
- Tiffany Dream
- Chocolate Dreamer
- Lemon Lover
- Hanjuku Cheese Cake
- Cheesecake