Teochew Chendul Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke Teochew Chendul halal? Status halal sebenar cafe ini dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk beri anda jawapan yang sahih, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 24 September 2021 menggunakan keywords “TEOCHEW CHENDUL” dan “DESSERT CAPTAIN”.

Perkataan “TEOCHEW CHENDUL” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini.

Manakala perkataan “DESSERT CAPTAIN” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik cafe ini iaitu “DESSERT CAPTAIN SDN BHD”.

Teochew Chendul

Rekod sijil halal ditemui untuk sebuah lokasi yang mungkin digunakan sebagai central kitchen TETAPI SIJIL HALAL TIDAK DITEMUI untuk cawangan-cawangan cafe ini.

Ini bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman di atas, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Selangor.
  2. Aeon Kuching, Sarawak.
  3. Aeon Tebrau City Johor Bharu,Johor.
  4. Cheras Leisure Mall, Kuala Lumpur.
  5. City Square Johor Bharu,Johor.
  6. Gurney Paragon, Pulau Pinang.
  7. Gurney Plaza, Pulau Pinang.
  8. IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
  9. Ipoh Parade, Perak.
  10. Melawati Mall, Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
  11. Mid Valley Southkey, Johor Bharu,Johor.
  12. Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor.
  13. Penang Road, George Town Pulau Pinang.
  14. PKT 12 Waves, Boulevard One Auto Hub, Bandar Cassia, Pulau Pinang.
  15. Sunshine Farlim, Pulau Pinang.
  16. Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
  17. Sunway Velocity Cheras Kuala Lumpur.
  18. Tesco Ampang, Selangor.
  19. The Mines Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Teochew Chendul perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Teochew Chendul kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama samada Teochew Chendul halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Info Tambahan Penting).

Senarai Menu.

Di bawah ini adalah antara senarai menu yang disediakan di cawangan cafe ini.

Tanpa perakuan halal dari JAKIM untuk setiap cawangan; kita tidak dapat assurance atau jaminan dari JAKIM yang makanan di cawangan tersebut berstatus halal.

  1. Assam Laksa
  2. Chendul Durian
  3. Chendul Ice Blended
  4. Chendul Original
  5. Chendul White Coffee
  6. Mee Curry
  7. Rojak
  8. Teochew Fried
  9. White Coffee Chendul Ice Blended

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.