Taco Bell Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke semua Taco Bell halal? Atau cawangan tertentu saja? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda dapat info halal yang sahih.

Semakan kali pertama untuk Taco Bell ini dibuat di portal JAKIM pada 23 Jan 2022 menggunakan keywords “TACO” dan “DISRUPTIVE”.

Perkataan “TACO” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini. Perkataan “DISRUPTIVE” pula merujuk kepada pemegang franchise di Malaysia iaitu “DISRUPTIVE CONCEPTS SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk 1 cawangan saja iaitu yang terletak di Cottage Walk, Cyberjaya, Selangor.

Ini juga bermaksud, cawangan-cawangan lain selain di Cottage Walk TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Taco Bell
Taco Bell Halal ke Tak?
Senarai Cawangan.

Menurut website Taco Bell, ada 4 cawangan yag terletak di lokasi ini:

  1. Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
  2. Cottage Walk, Cyberjaya, Selangor.
  3. Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
  4. Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Seperti makluman, hanya cawangan di Cottage Walk saja ada perakuan halal dari JAKIM.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Taco Bell halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang telah disediakan untuk anda.

Senarai Menu.

Senarai menu ini dikhususkan hanya untuk cawangan yang diperakui halal oleh JAKIM saja.

Cawangan lain mungkin menggunakan menu yang sama. Namun, tanpa perakuan halal, kita TIADA jaminan dari JAKIM yang makanan di cawangan tersebut berstatus halal.

  1. 2 Kickin’ Chicken Tacos™ 
  2. 7-Up 
  3. Avocado Guacamole 
  4. Bell™ Rice Bowl 
  5. Black Beans 
  6. Cheese Quesadilla 
  7. Cheesy Nachos 
  8. Chicken Quesadilla™ 
  9. Chickstar™ 
  10. Chocodilla™ 
  11. Cinnamon Twists 
  12. Crunchwrap Supreme™ 
  13. Crunchy Taco 
  14. Grilled Chicken 
  15. Grilled Stuft Burrito™ 
  16. Ground Beef 
  17. Ground Chicken 
  18. Hot Americano 
  19. Hot Milo 
  20. Hot Tea 
  21. Ice Lemon Tea  
  22. Iced Milo 
  23. Kickin Sauce 
  24. Loaded Fries 
  25. Loaded Griller 
  26. Loaded Nachos 
  27. Mexican Fries 
  28. Mirinda Strawberry 
  29. Mug Sarsaparilla 
  30. Nacho Cheese 
  31. Nacho Chips 
  32. Nacho Fries 
  33. Pepsi 
  34. Pepsi Black 
  35. Pico De Gallo Salsa 
  36. Sambal 
  37. Soft Taco 
  38. Sour Cream 
  39. Taco Bell Sparklers – Strawberry Delight 
  40. Taco Bell Sparklers – Summer Mints 
  41. Taco Supreme™ 
  42. Teh Tarik 
  43. Water 

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.