Sushi Ya Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Alhamdulillah, sebahagian dari kos server website ini ditaja oleh 6 individu iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah dan 4 hamba Allah.

Anda juga boleh jadi seorang penaja (hanya RM20 sebulan saja). Link tajaan di bawah.

Betul ke Sushi Ya halal? Atau hanya sauce saja halal? Semakan status halal kali ke-6 untuk Sushi Ya ini dirujuk pada rekod Jakim 2022 supaya anda dapat info yang sahih

Semakan status halal kali ke-6 ini telah dibuat di portal JAKIM pada 10 Dis 2022 menggunakan keyword “SUSHI YA”.

Perkataan “SUSHI YA” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren makanan Jepun ini dan juga nama pemiliknya iaitu “JVT SUSHI YA SDN BHD”.

Saya harap ulasan status halal ini sedikit sebanyak membantu anda.

Hasil Semakan.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk lokasi yang terletak di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Butterworth Pulau Pinang.

Kemudian, menurut sijil halal ini pula HANYA 1 ITEM SAJA YANG DIPERAKUI HALAL oleh Jakim iaitu Ajido Original Teriyaki Sauce.

Ini AMAT MENGELIRUKAN bagi pengguna yang ingin mencari tempat makan yang diperakui halal oleh Jakim.

Selain dari hanya untuk 1 item saja; sijil halal ini juga TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk lokasi-lokasi lain.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal terbitan Jakim; setiap cawangan perlu mendapatkan sijil halalnya sendiri jika pemilik restoren sushi ini ingin mengatakan cawangan tersebut sebagai diperakui halal oleh Jakim.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-6 untuk check samada Sushi Ya halal.

Semakan pernah dibuat sebelum pada tarikh berikut:

  1. 19 May 2021 (Tiada perakuan halal).
  2. 12 Julai 2021 (Tiada perakuan halal).
  3. 3 Ogos 2021 (Tiada perakuan halal).
  4. 23 Sept 2021 (Tiada perakuan halal).
  5. 27 Feb 2022 (Tiada perakuan halal).

Tajaan Anda Diperlukan.

Website JomHalal dibaca oleh hampir 60,000 pembaca setiap bulan. Untuk tampung jumlah pembaca yang tinggi ini; JomHalal terpaksa guna Server yang baik dengan kos USD40 setiap bulan (kira-kira RM200 sebulan).

JomHalal perlukan 6 orang lagi Penaja (setiap seorang akan menaja atau Sponsor hanya RM20 saja setiap bulan).

Jika anda berminat, mohon hulurkan tajaan anda melalui link di bawah ini.

Lihat juga > Status Halal Tempat Makan Lain.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Sushi Ya.
Imej ini dimiliki oleh Sushi Ya.
Senarai Cawangan.

Senarai cawangan ini disediakan sebagai rujukan tambahan untuk anda.

Seperti makluman di atas, hanya 1 lokasi saja diperakui halal oleh Jakim dan perakuan halal tersebut pula terhad hanya untuk 1 item saja.

KEDAH.

  1. Alor Setar: Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Taman Bahagia, Alor Setar, Kedah.
  2. Sungai Petani: No 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah.

PULAU PINANG.

  1. Alma: Taman Seri Impian, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  2. Bayan Lepas: No. 2-G-16, Solaria Residences, Medan Rajawali, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  3. Bukit Mertajam: 29, Jln Perniagaan Gemilang 1, Pusat Perniagaan Gemilang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  4. Jelutong: 349-01-09, Straits Garden Commercial, Jalan Jelutong, Jelutong, Pulau Pinang.
  5. Nibong Tebal (C-Mart): Lot G64, No 3974, Jln Industri Cenderawasih 1, Kompleks Industri Cenderawasih, Lot 5631, MK 11, 14300 , Nibong Tebal, Pulau Pinang.
  6. Raja Uda: 188, Jalan Raja Uda, Pusat Perniagaan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang.

SELANGOR.

Puchong: 28-G, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.

Senarai Menu.
Imej ini dimiliki oleh Sushi Ya.

Senarai menu ini disediakan sebagai rujukan tambahan untuk anda.

  1. Abalone Sushi
  2. California Maki
  3. Chicken Floss Gunkan
  4. Chicken Floss Maki
  5. Chicken Katsu Don
  6. Chuka Hotate
  7. Chuka Hotate Gunkan
  8. Chuka Idako Gunkan
  9. Chuka Kurage
  10. Chuka Kurage Gunkan
  11. Chuka Wakame
  12. Ebi Cheese Maki
  13. Ebi Fried Curry Ramen
  14. Ebi Fried Curry Udon
  15. Ebi Panko Sushi
  16. Ebi Sushi
  17. Edamame
  18. Egg Mayo Gunkan
  19. Fried Hotate
  20. Fried Hotate Sushi
  21. Gyuniku Ramen
  22. Gyuniku Udon
  23. Hana Maki
  24. Ika Sushi
  25. Inari Chicken Floss Sushi
  26. Inari Egg Mayo Sushi
  27. Inari Kamo Cheese Sushi
  28. Inari Kani Mayo Sushi
  29. Inari Kani Mentai Sushi
  30. Inari Mentai Sushi
  31. Inari Sushi
  32. Inari Tuna Mayo Sushi
  33. Kabocha O’kayu
  34. Kaisen O’kayu
  35. Kaisen Ramen
  36. Kamo Don
  37. Kamo Mentai Sushi
  38. Kamo Ramen
  39. Kamo Udon
  40. Kani Fumi Mentai Sushi
  41. Kani Maki
  42. Kani Mayo Gunkan
  43. Kapa Maki
  44. Katsu Mayo Maki
  45. Kimchi
  46. Kimchi Asari
  47. Kinoko O’kayu
  48. Ko Ebi
  49. Maguro Maki
  50. Maguro Sushi
  51. Mochi
  52. Nabeyaki Udon
  53. No Hotate Sushi Salmon Sushi
  54. Okura Sushi
  55. Sake Mentaiyaki Don
  56. Salmon Maki
  57. Salmon Teriyaki Don
  58. Sausage Maki
  59. Sausage Sushi
  60. Shiro Maguro Sushi
  61. Shuka Idako
  62. Tago Yaki
  63. Tamago Maki
  64. Tamago Sushi
  65. Ten Zaru Cha Soba
  66. Teriyaki Chicken Don
  67. Teriyaki Chicken Ramen
  68. Teriyaki Chicken Udon
  69. Tuna Mayo Gunkan
  70. Unagi Don
  71. Unagi O’kayu
  72. Unagi Yaki Udon
  73. Yaakiniku Don
  74. Yasai Korokke

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.