Street Churros Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke semua cawangan Street Churros halal? Status sebenar samada Street Churos halal dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah di buat di portal JAKIM pada 27 September 2021 menggunakan keywords “CHURROS” dan “CORNERY”.

Perkataan “CHUROS” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini.

Perkataan “CORNERY” digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik cafe ini iaitu “CORNERY FNB SDN BHD”.

Street Churos

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk SATU produk makanan saja iaitu “Churros Frozen Stick” sedangkan menu di cafe ini ada hampir 40.

Senarai menu disediakan di bawah supaya anda boleh buat perbandingan antara sijil halal seperti imej di bawah ini vs menu di cawangan.

Klik pada imej untuk lihat lebih jelas.

Snapshot Sijil Halal Cornery
Ini petikan sijil halal syarikat Cornery.

Untuk makluman, JAKIM meletakkan syarat, setiap cawangan perlu ada sijil halal sendiri untuk beri jaminan pada pengguna yang makanan di cawangan tersebut benar-benar dari bahan dan sumber halal.

Oleh kerana rekod sijil halal untuk cawangan TIADA, ini juga bermaksud kesemua cawangan Street Churros TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.

Senarai cawangan ini dipetik dari website Street Churros.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Aeon Kota Bharu, Kelantan.
  3. Aeon Seremban 2, Negeri Sembilan.
  4. Aeon Shah Alam, Selangor.
  5. Avisena Women’s & Children Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor.
  6. Central I City, Shah Alam, Selangor.
  7. IOI City Mall, Putrajaya.
  8. KL East Mall, MRR2, Kuala Lumpur.
  9. KLIA 2, Sepang, Selangor.
  10. Langkawi Airport, Kedah.
  11. Mahkota Parade Bandaraya Melaka.
  12. MyTown Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
  13. Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
  14. Sky Avenue Genting Highlands, Pahang.
  15. SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
  16. The Spring, Kuching, Sarawak.
  17. Times Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
  18. Vivacity Megamall Kuching, Sarawak.
Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Street Churros perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Street Churros kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Street Churros halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Info Tambahan Penting).

Senarai Menu.

Di bawah ini antara menu di cawangan Street Churros.

Seperti makluman, menu di kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Americano
  2. Brown Sugar Pearl Matcha Milk
  3. Brown Sugar Pearl Milk
  4. Brown Sugar Pearl Milk Tea
  5. Café Latte
  6. Caramel Macchiato
  7. Churos Fries – Honey BBQ
  8. Churos Fries – Seaweed
  9. Churos Fries – Sour Cream & Onion
  10. Dipping Sauce – Butterscotch
  11. Dipping Sauce – Chocolate
  12. Dipping Sauce – Cream Cheese
  13. Filling Churos – Chocolate
  14. Filling Churos – Cream Cheese
  15. Filling Churos – Taro
  16. Flora Peach Tea
  17. Floral Lychee Tea
  18. Grapefruit Fizz
  19. Ice Cream Churros – Brown Sugar Pearl
  20. Ice Cream Churros – Choco Choco
  21. Ice Cream Churros – Mango
  22. Ice Cream Churros – Plain
  23. Korean Citron Ade
  24. Lemon Ade
  25. Long Fries – Cheddar Cheese
  26. Long Fries – Extra Hot Chilli
  27. Long Fries – Nacho Cheese
  28. Lychee Fizz
  29. O’My Coconut
  30. O’My Mango
  31. Passionfruit Ade
  32. Spanish Latte
  33. Special Latte
  34. Stick Churros – Chocolate
  35. Stick Churros – Cinnamon
  36. Stick Churros – Taro
  37. Street Churos – Chocolate
  38. Street Churos – Cinnamon
  39. Street Chuross – Taro
  40. Wildberry Fizz
  41. Wildberry Tea

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.