SeoulNami Halal ke Tak?

Disini anda dapat lihat tarikh serta cara semakan status halal ini dibuat, senarai cawangan serta beri feedback anda berkaitan ulasan status halal ini.

Hubungi JomHalal jika anda perlukan bantuan.

Betul ke SeoulNami halal hanya sebab “No Pork”, “No Lard”? Status halal sebenar dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Restoren BBQ Korean ini menggunakan tagline “No Pork”, “No Lard”.

Istilah “No Pork”, “No Lard” TIDAK boleh digunakan sebagai perakuan halal kerana ada banyak faktor lain juga yang perlu dipertimbangkan; contohnya sembelihan daging, bahan-bahan ramuan serta samada ada percampuran antara bahan halal dan tidak halal.

Untuk benar-benar pasti berkaitan status halal restoren ini, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 26 September 2021 menggunakan keywords “SEOULNAMI” dan “BEYOND KOREA”.

Perkataan “SEOULNAMI” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.

Perkataan “BEYOND KOREA” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “BEYOND KOREA SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini bermaksud restoren ini dan menu di kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan & Status Halal Tempat Makan Lain di bawah.
SeoulNami
SeoulNami Halal ke Tak?

JomHalal juga berpandangan status halal restoren ini sebagai AMAT DIRAGUI.

Ini kerana selain SeoulNami, pemilik restoren ini iaitu Beyond Korea turut memiliki 2 restoren di bawah ini yang menyediakan daging khinzir sebagai menu dan makanan untuk kesemua restoren syarikat ini disediakan di 2 central kitchen atau dapur berpusat.

Apple Samgyupsal
SeoulNami Halal ke Tak?

Restoren ini menyediakan daging BBQ Khinzir.

Shinmapo
SeoulNami Halal ke Tak?

Restoren ini menyediakan daging BBQ Khinzir.

Maklumat berkaitan dapur berpusat ditemui pada profile syarikat Beyond Korea Sdn Bhd di website JobStreet.

Walaupun tujuan utama iklan di JobStreet adalah untuk mencari pekerja; namun info yang tertera boleh digunakan sebagai maklumat cara syarikat ini uruskan makanan-makanan untuk restorennya.

Ini yang tertera pada profile Beyond Korea Sdn Bhd – pemilik restoren SeoulNami:

Started in 2015; today with 4 reputable Korean dining brands under its belt; Hanbing Korean Dessert Cafe, Shinmapo Korean BBQ, Apple Samgyupsal and SeoulNami BBQ with 10 outlets, 2 central kitchens and over 200 people in the team, Beyond Korea Dining Group is the leading name in the Korean F&B Industry in Malaysia.

Maksudnya:
Bermula pada tahun 2015; sekarang sudah memiliki 4 jenama restoren; Hanbing Korean Dessert cafe, Shinmapo Korean BBQ, 
Apple Samgyupsal dan SeoulNami BBQ dengan 10 cawangan, 2 central kitchen dan lebih 200 orang dalam pasukan, Beyond Korea Dining Group adalah jenama utama dalam industri Korean F&B di Malaysia.

Klik pada imej ini untuk lihat lebih jelas – lihat company overview.

Beyond Korea Sdn Bhd
SeoulNami Halal ke Tak?

Berdasarkan maklumat-maklumat di atas (iaitu TIADA perakuan halal dari JAKIM; kemudian 2 restoren dilihat menyajikan daging khinzir DAN makanan untuk kesemua restoren ini pula di sediakan oleh 2 sentral kitchen); JomHalal berpandangan status halal restoren SeoulNami sebagai AMAT DIRAGUI.

Boleh JomHalal Update Anda melalui Email?

JomHalal boleh update anda setiap kali ulasan status halal ini dikemaskini.

Hanya perlukan Nickname & email anda saja.

Leave this field blank

Nama singkatan anda.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada SeoulNami halal atau tidak.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Ini antara mmenu di restoren ini.

Seperti makluman kesemua menu di restoren ini TIADA perakuan halal dan dan JomHalal berpandangan status halal restoren ini sebagai AMAT DIRAGUI – lihat penjelasan penuh di atas.

  1. Beef Belly
  2. Beef Platter
  3. Beef Rib Fingers
  4. Bulgogi
  5. Bulgogi Bomb
  6. Charcoal Burnt Cheesecake
  7. Cheese Lava
  8. Chicken Sampler
  9. Dakgalbi
  10. Fire Ramyeon
  11. Fist Rice
  12. Ganjang Chicken
  13. Honey Butter Chicken
  14. Hot Pepper Chicken
  15. Kimchi Beef
  16. Kimchi Bokkeumbap
  17. Kimchi Jjigae
  18. Korean Bone-in Short Rib
  19. Openg Seafood Pot
  20. Premium Yang Galbi.
  21. Seafood Platter
  22. Spicy Octopus
  23. Ssam Vege Wrap
  24. The Army Stew
Senarai Cawangan.

Ini adalah senarai cawangan, dipetik dari website restoren ini.

  1. KL East Mall, MRR2, Kuala Lumpur.
  2. The Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Seperti makluman kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM dan JomHalal berpandangan status halal restoren ini sebagai AMAT DIRAGUI – lihat penjelasan penuh di atas.

Ulasan ini disediakan oleh JomHalal.

Perlukan Bantuan?

JomHalal Pic 5
JomHalal.org

Hubungi JomHalal dengan email Nizam (M Nizam Shah).

Ulasan status halal untuk hampir 200 Tempat Makan lain boleh dilihat melalui pautan ini.