Restoren Santan Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke restoren Santan halal? Status halal sebenar restoren ini dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk pencerahan; ulasan status halal ini adalah untuk restoren yang menggunakan logo seperti di bawah.

Bagi dapatkan anda info yang sahih; semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 1 Oktober 2021 menggunakan perkataan “SANTAN”.

Santan
Imej ini dimiliki oleh Santan.

Perkataan ini digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga pemilik franchise restoren ini iaitu “SANTAN RESTAURANT SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk restoren ini dan cawangannya. Ini bermaksud, restoren ini dan kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Ada yang mungkin bertanya “Kalau saya beli nasi lemak segera berjenama Pak Naseer’s Nasi Lemak – kat kotak dia ada sijil halal. Jadi restoren Santan halal juga kan?”.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.

Senarai cawangan ini dipetik dari website Santan.

Seperti makluman, kesemua cawangan di bawah ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. 163 Mont Kiara, Kuala Lumpur.
  2. Aeon Mall Shah Alam, Selangor.
  3. IOI City Mall, Putrajaya.
  4. IOI Mall Puchong, Selangor.
  5. KL East Mall, MRR2, Kuala Lumpur.
  6. Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor.
  7. Mid Valley, Kuala Lumpur.
  8. Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
  9. Setia City Mall, Shah Alam, Selangor.
  10. SOGO Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
  11. Sunway Pyramid, Shah Alam, Selangor.
  12. Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Info Tambahan Penting

Ada yang mungkin bertanya samada status halal yang tertera pada bungkusan “Santan Pak Nasser’s Nasi Lemak” boleh digunakan sebagai sijil halal restoren Santan.

Terlebih dulu ini imej pada bungkusan yang dimaksudkan dan di sebelah kiri imej ada tertulis Manufactured By (Dikilangkan oleh) – Sajian Ambang Sdn Bhd.

Klik pada imej untuk lihat lebih jelas.

Pak Naseer Nasi Lemak
Restoren Santan Halal ke Tak?

Semakan di portal JAKIM menunjukkan syarikat Sajian Ambang sebagi berstatus halal.

Namun sijil halal syarikat Sajian Ambang dikhususkan hanya untuk lokasi kilang syarikat ini dan bukannya sebagai pengesahan halal untuk lokasi cawangan-cawangan Santan.

Ini juga bermaksud, sijil halal syarikat Sajian Ambang TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan-cawangan Santan.

Setiap cawangan Santan perlu ada sijil halal sendiri sekiranya pemiliknya ingin mengatakan cawangan tersebut diperakui halal oleh JAKIM.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada restoren Santan halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Info Tambahan Penting).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.