Sangkaya Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke semua cafe Sangkaya halal? Atau lokasi tertentu saja? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk dapatkan anda info yang sahih; semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 18 Oktober 2021 menggunakan keyword “SANGKAYA”.

Perkataan “SANGKAYA” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini serta nama pemiliknya iaitu “SANGKAYA (M) SDN BHD”.

Sangkaya

Sijil halal untuk cawangan-cawangan Sangkaya TIDAK diitemui. Ini bermaksud, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.

Ini antara cawangan Sangkaya.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Aman Suria, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
  3. Bandar Ulu Tiram, Johor.
  4. Banting, Selangor.
  5. Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  6. Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
  7. Cenang, Langkawi, Kedah.
  8. Central I City, Shah Alam, Selangor.
  9. D Empangan, Putrajaya.
  10. Dataran Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
  11. Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.
  12. Emart Matang, Kuching, Sarawak.
  13. Gala City Prime, Kuching, Sarawak.
  14. IOI City Mall Putrajaya
  15. IOI Mall, Puchong, Selangor.
  16. KL East Mall, MRR2, Kuala Lumpur.
  17. Lintas Station Kota Kinabalu, Sabah.
  18. Lulu Hypermarket Kuala Lumpur
  19. Menara Rajawali, Subang Jaya, Selangor.
  20. Mesamall Nilai, Negeri Sembilan.
  21. Muar, Johor.
  22. Palo 101, Ipoh, Perak.
  23. Petrosains KLCC, Kuala Lumpur.
  24. Riverson, Kota Kinabalu, Sabah.
  25. Spectrum Mall, Ampang, Selangor.
  26. Sri Petaling, Kuala Lumpur.
  27. Summer Mall, Kota Samarahan, Sarawak.
  28. Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor.
  29. The School, Jaya One, Petaling Jaya, Selangor.
  30. The Shore, Melaka.
  31. Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak.
  32. Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Info Tambahan Penting.

Seperti makluman, rekod sijil halal ditemui hanya untuk lokasi yang mungkin di gunakan sebagai central kitchen; alamatnya di bawah:

NO.4, JALAN MAWAR,
TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT SERDANG,
SERI KEMBANGAN, SELANGOR.

Namun, sijil halal untuk central kitchen TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Sangkaya perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas cafe Sangkaya kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Seperti semakan yang telah dibuat; rekod sijil halal TIDAK ditemui untuk kesemua cawangan cafe ini.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Sangkaya halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Info Tambahan Penting).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.