Rollney Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Rollney halal? Atau sijil halal sudah tidak sah lagi? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info halal yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: 14 DIS 2021 (SEMAKAN KE-2).

Untuk beri anda info yang sahih, semakan kali ke-2 ini telah dibuat di portal JAKIM menggunakan keywords “ROLLNEY” dan “SHENG UNITE”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk ROLLNEY.

Ini bermaksud, kesemua cawangan serta menu di cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Untuk makluman anda, ada sebuah cawangan cafe ini berstatus halal sebelum ini (berdasarkan semakan 17 Okt 2021) iaitu yang terletak di Sunway Pyramid – TETAPI sijil halal ini telah DITARIK BALIK OLEH JAKIM.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Rollney
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah check status halal di portal JAKIM guna perkataan “ROLLNEY” kerana ia sebahagian dari nama cafe ini.

Perkataan “SHENG UNITE” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik jenama ini iaitu “SHENG UNITE HOLDING SDN BHD”.

Seperti makluman, cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Ansa Walk, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  3. Central I City Shah Alam Selangor.
  4. Mid Valley, Kuala Lumpur.
  5. MyTown Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
  6. Setia City Mall, Shah Alam, Selangor.
  7. Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-2 untuk check samada Rollney halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada 17 Okt 2021.

Pada waktu itu, satu-satunya cawangan yang ada sijil halal iaitu yang terletak di Sunway Pyramid; sijilnya telah ditarik balik. Penarikan sijil halal ini bermaksud kesemua cawangan Rollney TIADA perakuan halal dari JAKIM sama seperti yang anda lihat sekarang.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).

Senarai Menu.

Ini antara menu di cafe ini.

Seperti makluman menu di kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Berry Dream Cone
  2. Honey Pretzel Cone
  3. Lotus Heaven Cone
  4. Matcha Crunch Cone
  5. Og Cone

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.