Restoran Windmill Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke Restoren Windmill halal? Status halal sebenar Restoran Windmill dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Pada FB restoren ini dilihat berulang kali mengatakan yang restoren ini menggunakan daging-daging yang halal dari beberapa negara. – Untuk makluman; sesebuah restoren TIDAK boleh menggunakan sijil halal pembekal sebagai sijil halal untuk restoren kerana sijil halal itu milik syarikat lain.

Untuk beri anda info yang sahih berkaitan restoren makanan western ini; semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 14 Oktober 2021 menggunakan keywords “WINDMILL” dan “WIND MILL”.

Kedua-dua perkataan ini digunakan kerana ia dilihat sebagai sebahagian dari nama pemilik restoren ini seperti “Restoren Windmill Sdn Bhd”, “Restoren Windmill (BBK) Sdn Bhd” dan “Restoren Wind Mill (BT) Sdn Bhd”.

Restoren Windmill

TIADA rekod sijil halal ditemui. Ini bermaksud Restoran Windmill dan menu di kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Tanpa perakuan halal, kita tiada jaminan dari JAKIM yang makanan di restoren tersebut benar-benar berstatus halal.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.

Pada waktu semakan ini dibuat, restoren ini dilihat mempunyai cawangan di beberapa lokasi seperti di bawah ini.

  1. Aeon Klebang, Perak.
  2. Aeon Nilai, Negeri Sembilan.
  3. Aeon Shah Alam, Selangor.
  4. Bandar Baru Klang, Selangor.
  5. Subang Jaya, Selangor.

Seperti makluman, restoren ini dan kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang pertama untuk check samada Restoran Windmill halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).

Senarai Menu.

Senarai menu ini disediakan sebagai rujukan tambahan untuk anda.

Seperti makluman, menu-menu di Restoran Windmill TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Baked Fresh Scallops
  2. BBQ Half Spring Chicken
  3. Black Mushroom Steak
  4. Black Pepper Chicken
  5. Black Pepper Steak
  6. Burger Steak Bismark
  7. Chicken & Salad
  8. Chicken Au Chambertin
  9. Chicken Chop
  10. Chicken Maryland
  11. Chicken Oriental
  12. China Town Shark Fin with Crab Meat
  13. Cold Lobster Mayonnaise
  14. English Choice of Cream
  15. Fish Steak
  16. French Baked Onion
  17. Fresh Oxtail Soup
  18. Fried Fish
  19. Fried Scallops
  20. Fried Tempura Prawns
  21. Garlic Steak Parisienne
  22. Garlic Toast
  23. Grilled Black Cod
  24. Grilled Fish
  25. Grilled Lamb Chop
  26. Grilled Salmon Steak
  27. Grilled Tiger Prawns
  28. Lobster Thermidor
  29. Minute Steak
  30. Mixed Grill
  31. Mixed Salad
  32. Neptune Taurus Delight
  33. Nyonya Fried Chicken
  34. NZ Fillet Steak
  35. Oyster Gratin
  36. Oysters Natural
  37. Phoenix Neptune Combo
  38. Potato Salad
  39. Potato Skin Stuffed with Seafood or Beef Loaf
  40. Prawns & Mango Cocktail
  41. Prawns Mayonnaise
  42. Rib Eye Steak
  43. Seafood Au Gratin
  44. Seafood Platter
  45. Sirloin Steak
  46. Sizzling Chicken Fillet
  47. Sizzling Garlic Tiger Prawns
  48. Sizzling Lamb Chop
  49. Sizzling Steak
  50. Spaghetti Chicken Carbonara
  51. Spaghetti Marinara
  52. Spaghetti Meat Sauce
  53. Spaghetti Seafood Aglio Olio
  54. Spaghetti Vegetarian
  55. Sparerib (With or Without Chili)
  56. Sppagheti Ala Pescatore
  57. T-Bone Steak
  58. Teriyaki Steak
  59. Thai Seafood Tomyam
  60. Vegetarian Cutlet
  61. Windill Chicken

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.