Pop Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke restoren Pop halal? Status halal sebenar Pop Meals dirujuk pada rekod JAKIM 2022 supaya anda dapat info yang sahih.

Semakan kali ke-2 untuk Pop Meals telah dibuat di portal JAKIM pada 3 Feb 2022 menggunakan keywords “POP” dan “FARM TO FORK”.

Perkataan “POP” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini. Perkataan “FARM TO FORK” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “FARM TO FORK SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk sebuah lokasi yang mungkin digunakan sebagai central kitchen – alamatnya seperti di bawah ini:

Lot 2A, Persiaran Kemajuan,
Seksyen 16, Shah Alam,
Selangor.

Menurut Manual Pensijilan Halal Malaysia terbitan JAKIM, sijil halal central kitchen TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan; bermakna setiap cawangan Pop Meals perlu ada sijil halal sendiri jika pemilik restoren ini ingin mengatakan cawangan Pop Meals tersebut berstatus halal.

Berdasarkan semakan di portal JAKIM, kesemua cawangan TIADA perakuan halal.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Pop
Imej ini dimiliki oleh Pop Meals.
Senarai Cawangan.

Senarai cawangan ini dipetik dari FB Pop.

Seperti makluman, kesemua cawangan ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. D Pulze, Cyberjaya, Selangor.
  2. Kajang, Selangor.
  3. PKNS.
  4. Prima Avenue, Selangor.
  5. Sunway, Selangor.
  6. Wangsa Walk, Kuala Lumpur.
Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Pop perlu ada sijil halalnya sendiri jika pemiliknya ingin mengatakan cawangan tersebut berstatus halal.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Pop kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Tips Bila Buat Pesanan Secara Online.

Jika anda buat pesanan secara online, anda amat digalakkan untuk pastikan dulu samada makanan anda disediakan oleh lokasi di Seksyen 16 Shah Alam (alamat penuh di atas) atau cawangan.

Anda boleh juga guna pertimbangan anda dengan membandingkan masa penghantaran makanan vs jarak lokasi anda untuk buat penilaian anda sendiri samada makanan di sediakan dilokasi ada sijil halal atau disediakan di cawangan.

Jika makanan disediakan di cawangan, kita TIADA jaminan dari JAKIM yang makanan di cawangan tersebut benar-benar berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini semakan yang ke-2 untuk lihat samada Pop halal atau tidak.

Semakan sebelum ini telah dibuat pada 1 Oktober 2021 (status sama seperti yang anda lihat sekarang iaitu hanya lokasi di Seksyen 16, Shah Alam saja ada perakuan halal dari JAKIM).


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Senarai Menu.

Senarai menu ini dikhususkan hanya untuk lokasi yang mungkin digunakan sebagai central kitchen saja (iaitu di Seksyen 16 Shah Alam).

Cawangan-cawangan mungkin menggunakan senarai menu yang sama TETAPI kerana cawangan-cawangan ini TIADA perakuan halal; tiada jaminan dari JAKIM yang makanan di cawangan tersebut benar-benar berstatus halal.

  1. Baked Chicken Meatball Parmagiana 
  2. Baked Creamy Chicken Rice 
  3. Baked Japanese Curry 
  4. Bbq Chicken Rice 
  5. Beef Pepperoni Pizzagne  
  6. Beef Rendang With Steamed Rice 
  7. Black Pepper Chicken Chop 
  8. Cheesy Chicken Chop  
  9. Cheesy Chicken Lasagne  
  10. Chicken Kapitan 
  11. Chicken Rice 
  12. Chili Chicken Pan Mee 
  13. Crazy Spicy Mac & Cheese 
  14. Doul’S Chicken Rendang 
  15. Gangnam Style Chicken Wings  
  16. Garlic Black Pepper Chicken  
  17. Garlic Soy Chicken Wing  
  18. Golden Salted Egg Butter Chicken  
  19. Hawaiian Chicken Pizzagne  
  20. Honey Soy Sesame Chicken  
  21. Kam Heong Chicken  
  22. Mac & Cheese With Chicken Meatball Marinara 
  23. Masala Butter Chicken  
  24. Minced Gyudon With Tamago  
  25. Nasi Kerabu Ayam Goreng 
  26. Nasi Kunyit Ayam Goreng 
  27. Nasi Lemak Ayam Goreng  
  28. Pan Mee 
  29. Peri Peri Chicken Chop  
  30. Roast Chicken Chop Ratatouille With Corn On The Cob  
  31. Salted Egg Buttermilk Chicken  
  32. Smoky Bbq Beans With Roast Chicken Chop 
  33. Spaghetti Bolognese 
  34. Spaghetti Carbonara 
  35. Spaghetti With Chicken Meatball Marinara 
  36. Spinach & Mushroom Lasagna 
  37. Super Creamy Mac & Cheese 
  38. Sweet & Sour Chicken  
  39. Teriyaki Chicken Chop Rice 
  40. Thai Green Chicken Curry  
  41. Thai Red Fish Curry  
  42. Thai Spicy Nam Chin Chicken  
  43. Tom Yum Fried Rice With Prawn & Chicken  
  44. Tuna Pizzagne  
  45. Vegetarian Black Pepper Stir Fried Tofu 

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.