Pastryville Halal ke Tak?

Disini anda dapat lihat tarikh serta cara semakan status halal ini dibuat, senarai cawangan serta beri feedback anda berkaitan ulasan status halal ini.

Hubungi JomHalal jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Pastryville halal? Status halal cafe ini dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 27 September 2021 menggunakan keyword “PASTRYVILLE”.

Perkataan ini digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini serta sebahagian dari nama pemiliknya, seperti “PASTRYVILLE NETWORK SDN BHD” dan “PASTRYVILLE IPOH SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk produk makanan saja.

Sijil halal produk makanan ini didaftarkan di bawah nama PASTRYVILLE OASIS SDN BHD.

Untuk makluman, seperti syarat yang ditetapkan JAKIM, sijil halal untuk produk makanan TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan – mohon lihat ulasan lanjut dibawah pada ruangan “Info Tambahan Penting”.

Disamping itu, senarai yang tertera pada sijil halal produk juga tidak merangkumi keseluruhan menu di cawangan. Sebagai contoh menu dibawah ini tiada dalam senarai produk yang diperakui halal:

  1. Bolognese
  2. Carbonara
  3. Meatball Pasta
  4. Baked Mac & Cheese
  5. Fried Chicken Chop
  6. Cheesy Fried Chicken Chop
  7. Grilled Chicken Chop
  8. Signature Burger
  9. Ayam Masak Kicap
  10. Ayam Nyonya Curry

Oleh kerana rekod sijil halal untuk cawangan TIADA, dan sijil halal untuk produk TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal cawangan; ini bermaksud cafe ini dan menu di kesemua cawanganya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan & Status Halal Tempat Makan Lain di bawah.
Pastryville
Pastryville Halal ke Tak?
Boleh JomHalal Update Anda melalui Email?

JomHalal boleh update anda setiap kali ulasan status halal ini dikemaskini.

Hanya perlukan Nickname & email anda saja.

Leave this field blank

Nama singkatan anda.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Pastryville halal atau tidak.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Pastryville perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Pastryville kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Senarai Cawangan.

Senarai cawangan ini dipetik dari website Pastryville.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe bakeri ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur.
  2. Aeon Big, Jaya One, Petaling Jaya, Selangor.
  3. Aeon Klebang, Chemor, Perak.
  4. Aeon Mid Valley, Kuala Lumpur.
  5. Aeon Shah Alam, Selangor.
  6. Aeon United Point, Segambut, Kuala Lumpur.
  7. Common Ground Jaya One, Petaling Jaya, Selangor.
  8. Common Ground, Mont Kiara, Kuala Lumpur.
  9. HUKM Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
  10. Ipoh (Jalan Panglima), Perak.
  11. Ipoh Parade, Perak.
  12. Lebuh Lasam, Ipoh, Perak.
  13. MaxValu Selayang Mall, Batu Caves, Selangor.
  14. Maxvalu Seventeen Mall, Petaling Jaya, Selangor.
  15. Oasis Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  16. Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan.
  17. Quill City, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
  18. Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor.
  19. Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
  20. Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Ulasan ini disediakan oleh JomHalal.

Perlukan Bantuan?

JomHalal Pic 5
JomHalal.org

Hubungi JomHalal dengan email Nizam (M Nizam Shah).

Ulasan status halal untuk hampir 200 Tempat Makan lain boleh dilihat melalui pautan ini.