Papparich Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke restoren PappaRich halal? Atau beberapa cawangan saja? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 23 Oktober 2021 menggunakan keywords “PAPPARICH” dan “ROTI”.

Perkataan “PAPPARICH” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.

Perkataan “ROTI” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren serta pemegang franchais restoren ini iaitu “ROTI ROTI INTERNATIONAL SDN BHD”.

Papparich

Rekod sijil halal ditemui tetapi TIDAK untuk semua cawangan. Ini juga bermaksud TIDAK kesemua cawangan restoren ini ada perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan.

Hanya cawangan-cawangan di bawah ini saja ada perakuan halal dari JAKIM.

  1. Aeon Kinta City, Ipoh, Perak.
  2. Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan.
  3. A’Famosa Simpang Empat, Melaka.
  4. Bandar Tun Hussien Onn (Jalan Suarasa) Cheras, Kuala Lumpur.
  5. Bangi (Jalan Medan Pusat 2D), Selangor.
  6. Cheras (Bandar Mahkota), Kuala Lumpur.
  7. D Pulze, Cyberjaya, Selangor.
  8. Danau Business Centre, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.
  9. IOI Mall, Putrajaya.
  10. Kinrara (8 Kinrara), Puchong, Selangor.
  11. Muar (Jalan Bakri 2), Johor.
  12. Muar (Taman Sungai Abong), Johor.
  13. PD Waterfront, Negeri Sembilan.
  14. Putra Walk, Seri Kembangan, Selangor.
  15. Setia Alam (Seksyen U13A), Shah Alam, Selangor.
  16. SOGO Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
  17. Two Square, Petaling Jaya Selangor.

Tapi bukankah Papparich ada produk instant coffee yang ada sijil halal? Untuk makluman sijil halal ini tidak boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan kerana sijil halal ini khusus untuk penghasilan instant coffee sahaja.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Info Tambahan Penting.

Sijil halal untuk PappaRich instant white coffee telah didaftarkan di bawah nama Roti Roti Manufacturing Sdn Bhd dan dikhususkan hanya untuk penghasilan white coffee sahaja.

Bagi setiap cawangan restoren PappaRich, setiap cawangan perlu ada sijil halal sendiri sekiranya pemilik ingin mengatakan cawangan tersebut telah diperakui halal oleh JAKIM.

Pada klausa 18 (4)(f), Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (2020); JAKIM dengan jelas menyatakan bahawa premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada PappaRich halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.