Restoren New HollyWood Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke restoren New HollyWood halal? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat status sebenar restoren di Taman Canning Ipoh Perak ini.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Sebagai pencerahan, ulasan status halal ini adalah untuk restoren seperti pada imej di bawah ini.

New Holly Wood

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal halal JAKIM pada 5 November 2021 menggunakan perkataaan “HOLLYWOOD”, “HOLLY WOOD” dan “CANNING”.

Perkataan “HOLLYWOOD” dan “HOLLY WOOD” di gunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.

Perkataan “CANNING” pula di gunakan kerana restoren ini terletak di Taman Canning, Ipoh Perak. Sekiranya gerai-gerai di restoren ini benar-benar ada perakuan halal; semakan menggunakan perkataan “CANNING” sepatutnya menemukan sijil halal mereka.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk restoren NEW HOLLYWOOD.

Ini juga bermaksud restoren ini dan gerai-gerai yang terletak di restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Ada banyak penulisan di online serta video di media sosial yang mengatakan restoren ini halal. JomHalal meragui penulisan dan video mereka. Bagaimana mereka boleh benar-benar pasti restoren ini berstatus halal tanpa perakuan halal dari JAKIM?

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Restoren New Holly Wood halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.