Betul ke restoren Mala Mala halal? Status halal sebenar dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info yang sahih.
TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.
Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 1 Oktober 2021 menggunakan keywords “MALA MALA” dan “31 CITA RASA”.
Perkataan “MALA MALA” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren ini.
Perkataan “31 CITA RASA” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik restoren ini iaitu “31 CITA RASA SDN BHD”.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk 1 cawangan saja dan cawangan ini mungkin juga digunakan sebagai central kitchen – alamatnya seperti di bawah ini:
IOI Mall Putrajaya (Lot No. L2-17, 2nd Floor).
Menurut Manual Pensijilan Halal Malaysia terbitan JAKIM, sijil halal cawangan ini;yang mungkin digunakan sebagai central kitchen TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan lain; bermakna setiap cawangan Mala Mala perlu ada sijil halal sendiri jika pemilik restoren ini ingin mengatakan cawangan Mala Mala yang lain berstatus halal.
Berdasarkan semakan di portal JAKIM, cawangan lain TIADA perakuan halal.
Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.
Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.
Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.
Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.
Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).
PERLUKAN BANTUAN?
Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.
Senarai Cawangan.
Seperti makluman di atas hanya cawangan di IOI Mall Putrajaya saja ada perakuan halal dari JAKIM.
Cawangan di bawah ini pula TIADA perakuan halal dari JAKIM.
- Melawati Mall, Bandar Melawati, Selangor.
- Mid Valley, Kuala Lumpur.
Info Tambahan Penting.
Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).
Ini bermaksud setiap cawangan Mala Mala perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.
Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Mala Mala kerana bilangan cawanganya adalah 3.
Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:
Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.
Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.
Tips Bila Buat Pesanan Secara Online.
Jika anda buat pesanan secara online, anda amat digalakkan untuk pastikan dulu samada makanan anda disediakan oleh lokasi di IOI Mall Putrajaya (alamat penuh di atas) atau cawangan.
Anda boleh juga guna pertimbangan anda dengan membandingkan masa penghantaran makanan vs jarak lokasi anda untuk buat penilaian anda sendiri samada makanan di sediakan dilokasi ada sijil halal atau disediakan di cawangan lain.
Jika makanan disediakan di cawangan selain di IOI Mall Putrajaya, kita TIADA jaminan dari JAKIM yang makanan di cawangan tersebut benar-benar berstatus halal.
Semakan Status Halal Terdahulu.
Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Mala Mala halal.
Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.
Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).
Senarai Menu.
Senarai menu ini dikhususkan hanya untuk cawangan yang ada perakuan halal saja.
Cawangan lain mungkin menggunakan menu yang sama NAMUN tanpa perakuan halal dari JAKIM kita tiada jaminan yang makanan di cawangan tersebut benar-benar berstatus halal.
- All Day Set Menu – Beef Set
- All Day Set Menu – Broccoli
- All Day Set Menu – Button Mushroom
- All Day Set Menu – Chicken Set
- All Day Set Menu – Dessert
- All Day Set Menu – Fried Fish With Signature Sauce
- All Day Set Menu – Lamb Set
- All Day Set Menu – Noodle
- All Day Set Menu – Plain Rice
- All Day Set Menu – Potato
- All Day Set Menu – Salted Pepper Fried Chicken Wings
- All Day Set Menu – Seafood Prawn Set
- All Day Set Menu – Teh Botol
- All Day Set Menu – Veggie Chop
- Beverages – Coke
- Beverages – Drinking Water (Hot/Cold)
- Beverages – Green Tea (Hot/Cold)
- Beverages – Sprite
- Beverages – Teh Botol Sosro
- Food – Delicacy
- Food – Meat
- Food – Noodles
- Food – Seafood
- Food – Steamed Pearl Rice
- Food – Vegetable
- Herbal Tea Series: Longan Winter Melon Tea
- Herbal Tea Series: Pipe Pear Tea
- Herbal Tea Series: Roselle Hawthorn Tea
- Mala Mala Ala Carte Specials – Fried Fish With Signature Sauce
- Mala Mala Ala Carte Specials – Numcy Chicken Wing
- Mala Mala Ala Carte Specials – Salted Pepper Fried Chicken Wing
- Soup Of The Day: Abc
- Soup Of The Day: Jagung
- Soup Of The Day: Old Cucumber
- Soup Of The Day: Pickles
- Soup Of The Day: Sengkuang
- Soy Series: Almond Soy Milk
- Soy Series: Cocoa Soy Milk
- Soy Series: Soy Milk
- Super Saver Lunch Set – Beef Set
- Super Saver Lunch Set – Chicken Set
- Super Saver Lunch Set – Veggie Set