Liang Sandwich Halal ke Tak?

Disini anda dapat lihat tarikh serta cara semakan status halal ini dibuat, senarai cawangan serta beri feedback anda berkaitan ulasan status halal ini.

Hubungi JomHalal jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Liang Sandwich halal? Liang Crispy Roll halal juga tak? Status sebenar dirujuk pada rekod JAKIM 2021.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Ulasan halal ini adalah untuk kedua-dua jenama cafe ini iaitu Liang Sandwich (atau nama penuh Liang Sandwich Bar) dan juga Liang Crispy Roll.

Ulasan halal ini disatukan kerana Liang Sandwich telah dijenamakan semula (rebranded) oleh pemiliknya sebagai Liang Crispy Roll.

Untuk beri anda info yang sahih; semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 6 Oktober 2021 menggunakan keyword “LIANG”.

Perkataan “LIANG” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini serta nama pemiliknya iaitu “LIANG GRAIN INDUSTRIES SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini bermaksud cafe ini dan menu di kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Status Halal Tempat Makan Lain di bawah.

TETAPI bukankah pemiliknya mengatakan Liang ada sijil halal? – Lihat Info Tambahan Penting di bawah untuk semakan tambahan yang dibuat JomHalal.

Liang Sandwich Pic 1
Liang Sandwich.
Liang Crispy Roll
Liang Crispy Roll.
Boleh JomHalal Update Anda melalui Email?

JomHalal boleh update anda setiap kali ulasan status halal ini dikemaskini.

Hanya perlukan Nickname & email anda saja.

Leave this field blank

Nama singkatan anda.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Liang Sandwich & Liang Crispy Rolll halal.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Liang Sandwich & Liang Crispy Roll perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas cafe ini kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Seperti semakan yang telah dibuat diatas; TIADA rekod sijil halal ditemui untuk cawangan cafe ini; yang bermaksud kesemua cawangan TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Sekarang kita lihat pula apa yang dikatakan pada website cafe ini.

PERTAMA: CAWANGAN DI PAVILION BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR BERSTATUS HALAL.

Ini yang tertera pada website cafe ini:

LIANG Crispy Roll is certified Halal in China by ARA Halal, in Indonesia by Majelis Ulama Indonesia, and in Malaysia by Jakim Halal (Pavilion outlet).

Yang bermaksud....Liang Crispy Roll telah disahkan halal di China oleh ARA Halal, di Indonesia oleh Majelis Ulama Indonesia, dan di Malaysia oleh Jakim Halal (cawangan Pavilion).

Ini juga bermaksud, pemilik cafe ini mengatakan yang ia mempunyai hanya 1 saja cawangan yang telah diperakui halal oleh Jakim iaitu cawangan di Pavilion. – TETAPI berdasarkan semakan yang dibuat; rekod sijil halal tidak ditemui untuk cawangan ini yang bermaksud cawangan ini sebenarnya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

KEDUA: KESEMUA PRODUK DIHASILKAN DI KILANG BERSTATUS HALAL DI SHANGHAI.

Ini yang tertera pada website cafe ini:

All our products produced in our Halal-certified Shanghai plant...

Yang bermaksud...Kesemua produk dihasilkan di kilang di Shanghai yang telah diperakui halal....

Pada website cafe ini turut dipaparkan 1 sijil halal – klik pada imej di bawah untuk lihat lebih jelas.

Salinan sijil halal ARA Liang
Sijil ini dipetik dari website Liang.

Sijil halal di atas di ambil dari page website cafe ini yang bertajuk “Awards & Certificates”; seperti paparan di bawah ini. – Klik pada imej untuk lihat lebih jelas.

Snapshot Sijil dimiliki Liang
Liang Sandwich Halal ke Tak?

Sekiranya anda telah klik pada imej sijil halal; anda akan dapati yang sijil halal yang dikeluarkan oleh ARA pada 9 October 2017; hanya untuk 1 produk saja iaitu Puff Paratha sedangkan senarai produk yang dipasarkan oleh pemilik cafe ini jauh lebih dari satu; seperti senarai di bawah:

  1. Liang Cheese Sauce
  2. Liang Chicken Bolognese
  3. Liang Curry Chicken
  4. Liang Curry Dahl
  5. Liang Curry Fish
  6. Liang Curry Potato
  7. Liang Curry Puff Filling
  8. Liang Sambal Ikan Bilis
  9. Liang Tuna Mayo.

Ini snapshot beberapa produk pada website cafe ini. – Klik pada imej untuk lihat lebih jelas.

Snapshot Liang Product List
Liang Sandwich Halal ke Tak?

Selain itu SIJIL HALAL ARA JUGA SEBENARNYA TELAH TAMAT TEMPOH SAH pada 8 Oktober 2018 – untuk makluman; setiap sijil halal ada tempoh sahnya.

Ini bermaksud, sijil halal yang dirujuk oleh pemilik cafe ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi; jadi kesemua produk yang dihasilkan oleh kilang yang dirujuk pemilik cafe ini sudah TIADA perakuan halal.

Untuk makluman JomHalal turut buat rujukan tambahan di portal JAKIM untuk lihat samada syarikat Liang Grain Industries Sdn Bhd mempunyai sijil halal untuk produk yang dihasilkan/dikilangkan di Malaysia – TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ulasan ini disediakan oleh JomHalal.

Perlukan Bantuan?

JomHalal Pic 5
JomHalal.org

Hubungi JomHalal dengan email Nizam (M Nizam Shah).

Ulasan status halal untuk hampir 200 Tempat Makan lain boleh dilihat melalui pautan ini.