KyoChon Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Alhamdulillah, sebahagian dari kos server website ini ditaja oleh 4 individu iaitu Saudara Rizal, Saudari Bibah dan 2 hamba Allah.

Anda juga boleh jadi seorang penaja (hanya RM20 sebulan saja). Link tajaan di bawah.

Betul ke KyoChon halal? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda dapat info halal yang sahih.

Untuk dapatkan anda maklumat yang sahih; semakan kali ke-3 ini telah dibuat di portal JAKIM pada 23 Nov 2022 menggunakan keyword “KYOCHON”.

Perkataan “KYOCHON” digunakan kerana ia sebahagian dari nama restoren makanan Korea ini dan juga nama pemiliknya iaitu “KYOCHON SDN BHD”.

Hasil Semakan.

Rekod sijil halal ditemui TETAPI hanya untuk sebuah lokasi yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Selangor. Ini juga bermaksud, cawangan-cawangan lain masih TIADA perakuan halal dari Jakim.

Sijil halal untuk lokasi di Taman Perindustrian Puchong ini TIDAK BOLEH digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan-cawangan lain. Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai seperti Kyochon perlu mendapatkan perakuan halal bagi setiap cawangannya jika ia ingin mengatakan cawangan tersebut sebagai diperakui halal oleh Jakim (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Tajaan Anda Diperlukan.

Website JomHalal dibaca oleh hampir 60,000 pembaca setiap bulan. Untuk tampung jumlah pembaca yang tinggi ini; JomHalal terpaksa guna Server yang baik dengan kos USD40 setiap bulan (kira-kira RM200 sebulan).

JomHalal perlukan 6 orang lagi Penaja (setiap seorang akan menaja atau Sponsor hanya RM20 saja setiap bulan).

Jika anda berminat, mohon hulurkan tajaan anda melalui link di bawah ini.

Lihat juga > Status Halal Tempat Makan Lain.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Kyochon
Senarai Cawangan.

Seperti makluman, kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal termasuk yang terletak di lokasi-lokasi ini:

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Aeon Nilai, Negeri Sembilan.
  3. Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur.
  4. Arena Curve, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  5. Cheras (Taman Mutiara), Kuala Lumpur.
  6. City Square Johor Bharu, Johor.
  7. Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
  8. Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.
  9. George Town (Jalan Masjid Kapitan Keling), Pulau Pinang.
  10. IOI Mall Putrajaya.
  11. IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, Selangor.
  12. Metro Prima Kepong, Selangor.
  13. Mid Valley Southkey, Johor Bharu, Johor.
  14. MyTown Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
  15. Pavilion Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  16. Pearl Shopping Gallery, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
  17. Petronas Shah Alam (Persiaran Kayangan Jalan Plumbum), Selangor.
  18. R&F Mall, Tanjung Puteri, Johor Bharu, Johor.
  19. Sentral Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  20. Setapak Platinum Walk, Kuala Lumpur.
  21. Setia City Mall Shah Alam, Selangor.
  22. Sky Avenue Genting Highlands, Pahang.
  23. Sri Petaling (Jalan Radin Bagus 3), Kuala Lumpur.
  24. SS2 Petaling Jaya, Selangor.
  25. Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
  26. Toppen Shopping Centre, Johor Bharu, Johor.
  27. Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan kali ke-3 untuk check samada Kyochon halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada:

  1. 16 Oktober 2021 (Tiada perakuan halal dari Jakim).
  2. 8 Jan 2022 (Tiada perakuan halal Jakim).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.