Koi Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke bubble tea Koi halal? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk beri anda info yang sahih; semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 16 Oktober 2021 menggunakan keyword “KOI”.

Perkataan ini digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe bubble tea ini dan juga nama pemiliknya iaitu “KOI CAFE MALAYSIA SDN BHD”.

Koi

TIADA rekod sijil halal ditemui. Ini bermaksud cafe ini dan menu di kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Central I City Shah Alam, Selangor.
  3. Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur.
  4. Genting Sky Avenue, Genting Highlands, Pahang.
  5. Gurney Plaza, Pulau Pinang.
  6. IOI City Mall, Putrajaya.
  7. KLCC, Kuala Lumpur.
  8. KLIA 1, Sepang, Selangor.
  9. Mahkota Parade, Bandar Melaka.
  10. Mid Valley Southkey, Johor Bharu, Johor.
  11. Paradigm Mall, Skudai, Johor.
  12. Pavilion, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  13. Queensbay Mall, Pulau Pinang.
  14. Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
  15. Sunway Velocity, Cheras, Kuala Lumpur.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Koi halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.