Hanbing Halal ke Tak?

Disini anda dapat lihat tarikh serta cara semakan status halal ini dibuat, senarai cawangan serta beri feedback anda berkaitan ulasan status halal ini.

Hubungi JomHalal jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Hanbing halal? Status sebenar samada Hanbing Korean Dessert Cafe halal atau tidak dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk pencerahan ulasan status halal ini adalah untuk Hanbing Korean Dessert Cafe dengan logo seperti imej di atas.

Bagi dapatkan jawapan yang sahih berkaitan status halal dessert cafe ini, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 26 September 2021 menggunakan keywords “HANBING” dan “BEYOND KOREA”.

Perkataan “HANBING” digunakan kerana ia sebahagian dari nama dessert cafe ini.

Perkataan “BEYOND KOREA” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik cafe ini iaitu “BEYOND KOREA SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini bermaksud cafe ini dan kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan & Status Halal Tempat Makan Lain di bawah.
Hanbing

Selain TIADA perakuan halal; JomHalal berpandangan status makanan cafe ini untuk orang Islam sebagai AMAT DIRAGUI.

Ini kerana selain Hanbing, pemilik restoren ini iaitu Beyond Korea turut memiliki 2 restoren di bawah ini yang menyediakan daging khinzir sebagai menu dan makanan untuk kesemua restoren syarikat ini disediakan di 2 central kitchen atau dapur berpusat.

Apple Samgyupsal
Hanbing Halal ke Tak?

Restoren ini menyediakan daging BBQ Khinzir.

Shinmapo
Hanbing Halal ke Tak?

Restoren ini menyediakan daging BBQ Khinzir.

Maklumat berkaitan dapur berpusat ditemui pada profile syarikat Beyond Korea Sdn Bhd di website JobStreet.

Walaupun tujuan utama iklan di JobStreet adalah untuk mencari pekerja; namun info yang tertera boleh digunakan sebagai maklumat cara syarikat ini uruskan makanan-makanan untuk restorennya.

Ini yang tertera pada profile Beyond Korea Sdn Bhd – pemilik restoren Hanbing:

Started in 2015; today with 4 reputable Korean dining brands under its belt; Hanbing Korean Dessert Cafe, Shinmapo Korean BBQ, Apple Samgyupsal and SeoulNami BBQ with 10 outlets, 2 central kitchens and over 200 people in the team, Beyond Korea Dining Group is the leading name in the Korean F&B Industry in Malaysia.

Maksudnya:
Bermula pada tahun 2015; sekarang sudah memiliki 4 jenama restoren; Hanbing Korean Dessert cafe, Shinmapo Korean BBQ, 
Apple Samgyupsal dan SeoulNami BBQ dengan 10 cawangan, 2 central kitchen dan lebih 200 orang dalam pasukan, Beyond Korea Dining Group adalah jenama utama dalam industri Korean F&B di Malaysia.

Klik pada imej ini untuk lihat lebih jelas – lihat company overview.

Beyond Korea Sdn Bhd
Hanbing Halal ke Tak?

Berdasarkan maklumat-maklumat di atas (iaitu TIADA perakuan halal dari JAKIM; kemudian 2 restoren dilihat menyajikan daging khinzir DAN makanan untuk kesemua restoren ini pula di sediakan oleh 2 sentral kitchen); JomHalal berpandangan status makanan di cafe Hanbing untuk orang Islam sebagai AMAT DIRAGUI.

Boleh JomHalal Update Anda melalui Email?

JomHalal boleh update anda setiap kali ulasan status halal ini dikemaskini.

Hanya perlukan Nickname & email anda saja.

Leave this field blank

Nama singkatan anda.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Hanbing halal atau tidak.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Ini antara menu di cawangan cafe ini.

Seperti makluman di atas, kesemua menu di cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Bibimbap (Beef)
  2. Bibimbap (Chicken)
  3. Black Sesame Bomb
  4. Blueberry Cheese Snow Ice
  5. Bulgogi Deopbab
  6. Cheese Garlic Bomb
  7. Cheese Topokki
  8. Classic Topokki
  9. Cream Sauce Topokki
  10. Dumpling
  11. Green Tea Snow Ice
  12. Injeolmi Bomb
  13. Injeolmi Red Bean Snow Ice
  14. Japchae (Beef)
  15. Kimbap – Chicken
  16. Kimbap – Spicy Anchovy
  17. Kimbap – Tuna Mayo
  18. Kimchi Fried Rice
  19. Kimchi Fried Rice – Cheese Base
  20. Korean Baguette
  21. Korean Chicken Salad
  22. Korean Cold Noodle
  23. Korean Honey Chicken
  24. Korean Spicy Chicken
  25. Mango Snow Ice
  26. Oreo Snow Ice
  27. Seaweed Rolls
  28. Table cooked Topokki (Seaweed Rolls, Dumpling, Cheese, Beef, Fish Roe, Seaweed Fried Rice)
Senarai Cawangan.

Di bawah ini antara senarai cawangan yang dipetik dari FB dessert cafe ini.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. IOI City Mall.
  2. KL East Mall, MRR2, Kuala Lumpur.
  3. Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
  4. SS15 Courtyard, Subang Jaya, Selangor.
  5. Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur.

Ulasan ini disediakan oleh JomHalal.

Perlukan Bantuan?

JomHalal Pic 5
JomHalal.org

Hubungi JomHalal dengan email Nizam (M Nizam Shah).

Ulasan status halal untuk hampir 200 Tempat Makan lain boleh dilihat melalui pautan ini.