The Fish Bowl Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Restoren The Fish Bowl halal? Rekod JAKIM 2021 dirujuk supaya anda dapat info yang sahih berkaitan restoren ini.

TARIKH KEMASKINI: 17 NOV 2021 (SEMAKAN KE-2).

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal halal JAKIM pada 17 November 2021 menggunakan keyword “FISH BOWL”, “FISHBOWL” dan “POKE”.

Rekod sijil halal ditemui untuk The Fish Bowl TETAPI hanya untuk 1 cawangan saja iaitu yang terletak di Bandar Sunway (PJS 11/7) Petaling Jaya.

Ini bermaksud hanya cawangan ini saja yang ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk makluman, sijil halal cawangan ini TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan-cawangan lain. Setiap cawangan perlu ada sijil halalnya sendiri sekiranya pemilik ingin mengatakan cawangan tersebut berstatus halal.

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Fish Bowl
Fish Bowl
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah check status halal untuk restoren ini menggunakan perkataan “FISH BOWL” dan “FISHBOWL” kerana ia sebahagian dari nama restoren ini dan juga nama pemiliknya iaitu “FISH BOWL VENTURES SDN BHD”.

Perkataan “POKE” juga digunakan kerana ia juga dilihat sebagai salah satu nama pemilik/pengurus restoren ini iaitu “POKE FOOD (M) SDN BHD”.

Seperti makluman, hanya cawangan di Bandar Sunway (PJS 11/7) Petaling Jaya saja yang ada perakuan halal JAKIM.

Info Tambahan Penting.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan Fish Bowl perlu mempunyai sijil halalnya sendiri.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas Fish Bowl kerana cawangannya menggunakan jenama yang sama dan bilangan cawangan melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di cawangan tersebut berstatus halal.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman, hanya cawangan di Bandar Sunway saja ada perakuan halal manakala cawangan-cawangan lain seperti senarai di bawah ini TIADA perakuan halal dari JAKIM

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Bandar Baru Seri Petaling (Jalan Radin Bagus), Kuala Lumpur.
  3. Damansara City Mall, Petaling Jaya, Selangor.
  4. Mont Kiara 163, Kuala Lumpur.
  5. Pavilion, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  6. Plaza Arkadia, Desa Park City, Kuala Lumpur.
  7. Quayside Mall, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.
  8. Setia Alam (Seksyen U13), Shah Alam, Selangor.
  9. SURIA KLCC, Kuala Lumpur.
  10. The Gardens Mall, Mid Valley, Kuala Lumpur.
  11. Velocity Mall, Cheras, Kuala Lumpur.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan ke-2 untuk check samada restoren Fish Bowl halal.

Pada semakan pertama (5 Nov 2021) rekod sijil halal tidak ditemui.

Untuk semakan ke-2, semakan telah dibuat dengan tambah satu lagi keyword carian iaitu “FISHBOWL”. Seperti makluman, rekod sijil halal ditemui untuk 1 cawangan.


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).

Senarai Menu.

Ini antara menu di restoren ini.

Seperti makluman, kesemua menu di restoren ini, termasuk untuk belian secara online TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Aloha Salmon
  2. DonSoCrabby
  3. Hawaiian Tofu
  4. Ono Herbs Chic
  5. MisoHungry
  6. Shrimplicious
  7. Tantalising Tuna
  8. Umazing

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.