Betul ke cafe Daboba halal? Rekod JAKIM dirujuk supaya anda dapat status halal sebenar cafe ini.
TARIKH KEMASKINI: 7 DIS 2021 (SEMAKAN KE-2).
Untuk beri anda info yang sahih, semakan kali ke-2 ini telah dibuat di portal JAKIM menggunakan keywords “DABOBA” dan “BOBA”.
Rekod sijil halal ditemui TETAPI tidak untuk semua 30 cawangan DABOBA.
Hanya 3 cawangan saja ada perakuan halal dari JAKIM iaitu yang terletak di Kompleks Tok Arau (Perlis), Darulaman Height Jitra (Kedah) dan Lebuh Pekaka Satu Gelugor (Pulau Pinang).
Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.
Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.
Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.
Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.
Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).
PERLUKAN BANTUAN?
Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Cara JomHalal Check Status Halal.
JomHalal telah guna perkataan “DABOBA” di portal halal JAKIM kerana ia sebahagian dari nama cafe ini.
Perkataan “BOBA” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik cafe ini iaitu “BOBA TEA SDN BHD”.
Seperti makluman, hanya sebilangan kecil cawangan saja ada perakuan halal.
Semakan Status Halal Terdahulu.
Ini adalah semakan yang ke-2 untuk check samada Daboba halal atau tidak.
Semakan sebelum ini dibuat pada 28 Sept 2021. Pada waktu itu, kesemua cawangan Daboba TIADA perakuan halal.
Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.
Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah (selepas Senarai Cawangan).
Senarai Menu.
Ini antara menu di cafe ini.
Seperti makluman, menu di kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.
- Avocado Yogurt
- Black Tea
- Brown Sugar Pearl Match
- Brown Sugar Pearl Milk Tea
- Brown Sugar Pearl Soya
- Cheese Green Tea
- Coco Frappe
- Fruity Party
- Golden Pearl Green Milk Tea
- Grain Yogurt
- Grass Jelly Milk Tea
- Green Tea
- Honey Golden Pearl Soya
- Mix Fruit Yogurt
- Purple Rice Yogurt
- Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya
- Roasted Brown Sugar Pearl Soya
- Strawberry Yogurt
- Taufufa Brown Sugar
- Taufufa Milk Tea
- Taufufa Mochi Peanut