Coliseum Cafe Halal ke Tak?

Disini anda dapat lihat tarikh serta cara semakan status halal ini dibuat, senarai cawangan serta beri feedback anda berkaitan ulasan status halal ini.

Hubungi JomHalal jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Coliseum Cafe halal? Status halal cafe ini dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Untuk makluman, sesebuah restoren TIDAK boleh menggunakan sijil halal pembekal daging dan bahan ramuan lain sebagai sijil halal untuk restoren tersebut kerana sijil halal tersebut adalah milik pembekal BUKANNYA untuk restoren tersebut.

Pada website cafe ini ada tertulis:

We serve only Halal ingredients certified by our suppliers which are signposted in the restaurant. Our meats & steaks are certified Halal Australian beef, New Zealand lamb & all of your primary cuts like Wagyu, Tenderloin, T-Bone, Rib Eye & Sirloin Steaks.

Maksudnya:

Kami hanya hidangkan bahan-bahan makanan halal seperti yang telah disahkan oleh pembekal kami; seperti yang kami paparkan pada restoren kami. Daging & steaks di restoren kami adalah daging Australia dan New Zealand yang telah disahkan halal & juga hidangan daging utama seperti Wayu, Tenderloin, T-Bone, Rib Eye & Sirloin Steaks.

Setiap restoren dan cafe perlu mempunyai sijil halal mereka sendiri untuk dapat perakuan dari JAKIM bahawa makanan di cawangan tersebut benar-benar halal.

Untuk beri anda info yang sahih berkaitan status halal cafe ini; semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 27 September 2021 menggunakan keyword “COLISEUM”.

Perkataan “COLISEUM” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini dan juga sebahagian dari nama pemiliknya iaitu “COLISEUM CAFE & HOTEL (KL) SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini bermaksud cafe ini dan menu di kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan & Status Halal Tempat Makan Lain di bawah.
Coliseum Cafe
Imej Ini dimiliki oleh Coliseum Cafe.
Coliseum Cafe
Imej Ini dimiliki oleh Coliseum Cafe.
Coliseum Cafe
Coliseum Cafe Halal ke Tak?
Boleh JomHalal Update Anda melalui Email?

JomHalal boleh update anda setiap kali ulasan status halal ini dikemaskini.

Hanya perlukan Nickname & email anda saja.

Leave this field blank

Nama singkatan anda.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Coliseum Cafe halal.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Ini antara menu yang disediakan di cawangan cafe ini.

Seperti makluman, menu di kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Beef Pot Pie
  2. Braised Lamb Shank
  3. Cheese Sandwich
  4. Chicken Ala King
  5. Chicken Cordon Bleu
  6. Chicken Maryland
  7. Chicken Pot Pie
  8. Chicken Sandwich
  9. Coliseum Club Sandwich
  10. Coliseum Fried Rice
  11. Fried Chicken Fingers
  12. Fried Fish Fingers
  13. Gourmet Beef Burger
  14. Gourmet Chicken Burger
  15. Grilled Australian Rib-Eye Steak
  16. Grilled Australian Sirloin Steak
  17. Grilled Australian T-Bone Steak
  18. Grilled Australian Tenderloin Steak
  19. Grilled Black Pepper Chicken
  20. Grilled New Zealand Lamb Chop
  21. Hainanese Chicken Chop
  22. Pulled Beef Sandwich
  23. Roasted ½ Spring Chicken
  24. Roasted Chicken Leg
  25. Roasted Whole Chicken
  26. Sizzling Australian Rib-Eye Steak
  27. Sizzling Australian Sirloin Steak
  28. Sizzling Australian Tenderloin Steak
  29. Sizzling Chicken Chop
  30. Sizzling Grill Platter
  31. Sizzling New Zealand Lamb Chop
  32. Spaghetti Beef Bolognese
  33. Spaghetti Chicken Bolognese
  34. Spicy Chili Padi Seafood Fried Rice
  35. Turkey Ham Sandwich
  36. Vegetarian Spaghetti Aglio Olio
Senarai Cawangan.

Senarai cawangan ini dipetik dari website cafe ini.

Seperti makluman, kesemua cawangan Coliseum Cafe TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
  2. IOI Mall, Putrajaya.
  3. Mid Valley, Kuala Lumpur.
  4. Plaza 33, Petaling Jaya, Selangor.

Ulasan ini disediakan oleh JomHalal.

Perlukan Bantuan?

JomHalal Pic 5
JomHalal.org

Hubungi JomHalal dengan email Nizam (M Nizam Shah).

Ulasan status halal untuk hampir 200 Tempat Makan lain boleh dilihat melalui pautan ini.