Coffee Bean Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan.

Betul ke semua cawangan Coffee Bean halal? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda dapat info halal yang sahih.

Untuk beri anda info yang sahih; semakan kali ke-2 ini telah dibuat di portal JAKIM pada 5 Jan 2022 menggunakan keyword “COFFEE BEAN”.

Perkataan “COFFEE BEAN” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini dan juga nama pemiliknya iaitu “THE COFFEE BEAN AND TEA LEAF (M) SDN BHD”.

Hanya 1 rekod sijil halal saja ditemui, iaitu untuk sebuah lokasi yang terletak di Shamelin Heights Business Park Kuala Lumpur.

Rekod sijil halal untuk cawangan-cawangan Coffee Bean pula TIDAK ditemui yang bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Menurut JAKIM, setiap premis berangkai seperti Coffee Bean yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis (maksudnya setiap cawangan) dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat – Rujukan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, Klausa 18 (4)(f)).

Taip email anda utk terima promosi dari tempat ada perakuan halal dari JAKIM serta update status halal.

Ini pula beberapa LINK STATUS HALAL untuk tempat makan lain.

Saya harap anda dapat sokong usaha saya ini dengan sponsor Website JomHalal ikut amaun yang anda pilih.

BANTU
WEBSITE JOMHALAL.

Tanpa sokongan anda, amat sukar bagi saya untuk teruskan website ini.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Coffee Bean
Senarai Cawangan.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Aeon Ayer Keroh, Melaka.
  2. Aeon Bandaraya Melaka.
  3. Aeon Kota Bharu Kelantan.
  4. Aman Central Alor Setar, Kedah.
  5. Ativo Plaza, Damansara Avenue, Selangor.
  6. Ayer Keroh (Taman Air Keroh) Melaka.
  7. Belissa Row, Pulau Pinang.
  8. Cheras Leisure Mall, Kuala Lumpur.
  9. City Square Johor Bharu, Johor.
  10. Damen USJ, Subang Jaya, Selangor.
  11. Eco Botanic, Iskandar Puteri, Johor.
  12. G Hotel Persiaran Gurney, Pulau Pinang.
  13. Genting Premium Outlet, Pahang.
  14. Hartamas Shopping Centre, Kuala Lumpur.
  15. Island Plaza, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
  16. Johor Premium Outlet, Kulai, Johor.
  17. KLCC, Kuala Lumpur.
  18. KOMTAR Johor Bharu, Johor.
  19. KSL City Taman Abad, Johor Bharu, Johor.
  20. Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  21. Low Yat Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  22. Mesra Mall, Terengganu.
  23. Mid Valley Kuala Lumpur.
  24. Mid Valley Southkey Johor Bharu, Johor.
  25. Mont Kiara, Kuala Lumpur.
  26. Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
  27. Pavilion Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.
  28. Plaza Pelangi, Johor Bharu, Johor.
  29. Prince Court Medical Centre, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
  30. Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  31. Quill City Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur.
  32. Seremban Gateway, Negeri Sembilan.
  33. Setapak Sentral, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.
  34. Setia Tropika, Kempas, Johor.
  35. Shell Kepong (MRR2 arah Kepong), Selangor.
  36. Sinaran TTDI Kuala Lumpur.
  37. Solaris Mont Kiara Kuala Lumpur.
  38. Straits Quay Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
  39. Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur.
  40. Sunway Velocity Cheras, Kuala Lumpur.
  41. The Sphere Bangsar South Kuala Lumpur.
  42. Wisma Genting Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
  43. Wisma Golden Eagle Realty, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-2 untuk check samada Coffee Bean halal.

Semakan sebelum ini dibuat pada 23 Okt 2021 (kesemua cawangan TIADA perakuan halal).


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.