Carls Jr Halal ke Tak?

Disini anda dapat lihat tarikh serta cara semakan status halal ini dibuat, senarai cawangan serta beri feedback anda berkaitan ulasan status halal ini.

Hubungi JomHalal jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Carls Jr halal? Atau sijil halal sebenarnya sudah tamat tempoh? Status halal terkini dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info yang sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Pada FB Carls Jr ada tertera salinan sijil halal untuk Carls Jr dan sijil halal tersebut kelihatan didaftarkan di bawah nama “ASPAC RESTAURANT SDN BHD”. Namun tempoh sah sijil halal tersebut tidak dipaparkan – untuk makluman setiap sijil halal ada tamat tempoh.

Ini yang kelihatan di FB Carls Jr – klik pada imej untuk lihat lebih jelas.

Carls Jr Snapshot Sijil Halal

Untuk beri anda info yang sahih, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 24 September 2021 menggunakan nama syarikat yang sama iaitu “ASPAC RESTAURANT SDN BHD”.

Semakan turut dibuat menggunakan nama “CARL’S” kerana ia sebahagian dari nama restoren fast food ini.

TIADA rekod sijil halal ditemui – klik pada imej di bawah untuk lihat lebih jelas.

Carls Jr Semakan di Portal Jakim 24 Sept 2021
Hasil semakan di portal Jakim pada 24 Sept 2021.

Ini bermaksud, sijil halal yang dipaparkan di FB restoren ini sudah tidak sah lagi; kerana jika ia masih sah rekodnya pasti sudah kelihatan kerana semakan yang JomHalal buat menggunakan nama syarikat yang sama seperti pada imej sijil halal di atas.

Ini juga bermaksud, Carls Jr dan kesemua cawanganya pada waktu ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan & Status Halal Tempat Makan Lain di bawah.
Carls Jr
Imej ini dimiliki oleh Carls Jr.
Boleh JomHalal Update Anda melalui Email?

JomHalal boleh update anda setiap kali ulasan status halal ini dikemaskini.

Hanya perlukan Nickname & email anda saja.

Leave this field blank

Nama singkatan anda.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk check samada Carls Jr halal seperti yang dinyatakan di FB restoren ini.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Cawangan.

Seperti makluman di atas, semakan terkini di portal JAKIM menunjukkan kesemua cawangan restoren ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai di bawah ini dipetik dari FB restoren ini.

  1. 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Melawati Mall, Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
  3. Mid Valley, Kuala Lumpur.
  4. Mid Valley Southkey Johor Bharu, Johor.
  5. Subang Parade, Selangor.
  6. SS15, Subang Jaya, Selangor.

Ulasan ini disediakan oleh JomHalal.

Perlukan Bantuan?

JomHalal Pic 5
JomHalal.org

Hubungi JomHalal dengan email Nizam (M Nizam Shah).

Ulasan status halal untuk hampir 200 Tempat Makan lain boleh dilihat melalui pautan ini.