Black Whale CunFry Halal ke Tak?

Disini anda dapat lihat tarikh serta cara semakan status halal ini dibuat, senarai cawangan serta beri feedback anda berkaitan ulasan status halal ini.

Hubungi JomHalal jika anda perlukan bantuan.

Betul ke Black Whale Cunfry halal? Status halal sebenar untuk cafe ini dirujuk pada rekod JAKIM 2021 supaya anda dapat info sahih.

TARIKH KEMASKINI: INI SEMAKAN YANG PERTAMA.

Pada website cafe ini, ada tertera penyataan berikut:

Jangan risau! Semua Ramuan CunFry diiktiraf halal

Sesebuah syarikat dan cawangan cafe TIDAK boleh menggunakan sijil halal pembekal bahan ramuan sebagai sijil halal untuknya kerana sijil halal tersebut adalah milik syarikat lain.

Kita juga perlukan pengesahan dari pihak berkecuali iaitu JAKIM untuk beri kita jaminan samada cafe ini benar-benar berstatus halal.

Untuk dapatkan info yang sahih berkaitan status halal cafe ini, semakan telah dibuat di portal JAKIM pada 24 September 2021 menggunakan keywords “BLACK WHALE” dan “GOLDEN WHALE”.

Perkataan “BLACK WHALE” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe makanan Korea ini.

Manakala perkataan “GOLDEN WHALE” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemiliki cafe ini iaitu “GOLDEN WHALE INTERNATIONAL SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui.

Ini bermaksud cafe ini serta kesemua cawangannya TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Senarai Cawangan & Status Halal Tempat Makan Lain di bawah.
Black Whale CunFry
Boleh JomHalal Update Anda melalui Email?

JomHalal boleh update anda setiap kali ulasan status halal ini dikemaskini.

Hanya perlukan Nickname & email anda saja.

Leave this field blank

Nama singkatan anda.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang pertama untuk pastikan samada Black Whale CunFry halal.


Anda boleh lihat ulasan status halal untuk tempat makan lain melalui pautan di bawah ini.

Senarai Menu.

Di bawah ini antara menu di cawangan cafe ini.

Seperti makluman, menu di semua cawangan Black Whale CunFry TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. BBQ Wingette & Drumette
  2. Cun Chicken Popcorn
  3. Cun Shaker Fries
  4. Cun Topokki
  5. Honey Butter Wingette & Drumette
  6. Korean Fried Chicken
  7. Milk Tea
  8. Yangnyeom (Spicy) Wingette & Drumette
Senarai Cawangan.

Senarai cawangan ini antara yang kelihatan di website dan FB Black Whale CunFry.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Wisma Profit, Alor Setar, Kedah.
  2. Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  3. Bandar Puteri Puchong, Selangor.
  4. Damansara Uptown Selangor.
  5. Eco Botanic, Johor.
  6. Jalan Karpal Singh, Pulau Pinang.
  7. Jerantut, Pahang.
  8. Kajang, Selangor.
  9. KL East Mall, MRR2, Kuala Lumpur.
  10. Landmark Bukit Tinggi Klang, Selangor.
  11. Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  12. Mount Austin Johor Bharu, Johor.
  13. Muar (Mega), Johor.
  14. MyTown Jalan Cochrane Kuala Lumpur.
  15. Paradigm Mall, Skudai, Johor.
  16. Permas Jaya, Johor.
  17. Setapak PV128, Kuala Lumpur.
  18. Shell Gurun, Kedah.
  19. SS2 Petaling Jaya, Selangor.
  20. Sunway Putra Mall, Jalan Putra Kuala Lumpur.
  21. Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
  22. Taman Bukit Segar, Cheras, Kuala Lumpur.
  23. Taman Sutera Utama, Johor.

Ulasan ini disediakan oleh JomHalal.

Perlukan Bantuan?

JomHalal Pic 5
JomHalal.org

Hubungi JomHalal dengan email Nizam (M Nizam Shah).

Ulasan status halal untuk hampir 200 Tempat Makan lain boleh dilihat melalui pautan ini.