Betul ke menu cafe Black Ball halal? Semakan status halal kali ke-2 untuk Black Ball ini dirujuk pada rekod JAKIM 2020 supaya anda dapat info sahih samada BlackBall diperakui halal atau tidak.
Semakan status halal kali ke-2 untuk Black Ball ini dibuat di portal JAKIM pada 10 Dis 2022 menggunakan keyword “BLACK”.
Perkataan “BLACK” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini dan juga nama pemiliknya iaitu “BLACKBALL F&B SDN BHD”.
Hasil Semakan.
TIADA rekod sijil halal ditemui untuk cafe BLACK BALL.
Ini juga bermaksud, menu di kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.
Tapi bukankah website cafe ini ada mengatakan ia ada sijil halal? Memang benar TETAPI sijil halal ini tidak boleh diguna pakai atas 3 sebab.
Pertama kerana ia dikeluarkan oleh agensi pensijilan halal yang TIDAK diiktiraf oleh JAKIM iaitu “Barakah Taiwan Halal Hub”. Untuk Taiwan, hanya 1 agensi saja diiktiraf JAKIM iaitu “Taiwan Halal Integrity Development Association”.
Kedua, sijil halal yang dikeluarkan oleh Barakah Taiwan Halal Hub pula telah tamat tempoh sah pada 31 Dis 2021. Klik pada imej dibawah untuk lihat lebih jelas – lihat pada “Date of Expiration”.
Ketiga, sijil halal yang dikeluarkan oleh Barakah Taiwan Halal Hub bukanlah untuk cawangan Black Ball. Oleh kerana cawangan-cawangan Black Ball berada di Malaysia, kesemua cawangan ini perlu dapatkan sijil halal dari JAKIM.

Semakan Status Halal Terdahulu.
Ini adalah semakan yang ke-2 untuk check samada Black Ball diperakui halal.
Semakan sebelum ini pernah dibuat pada 10 Dis 2021 (Tiada perakuan halal dari Jakim).
Tajaan Anda Diperlukan.
Website JomHalal dibaca oleh hampir 60,000 pembaca setiap bulan. Untuk tampung jumlah pembaca yang tinggi ini; JomHalal terpaksa guna Server yang baik dengan kos USD40 setiap bulan (kira-kira RM200 sebulan).
JomHalal perlukan 6 orang lagi Penaja (setiap seorang akan menaja atau Sponsor hanya RM20 saja setiap bulan).
Jika anda berminat, mohon hulurkan tajaan anda melalui link di bawah ini.
Lihat juga > Status Halal Tempat Makan Lain.
Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.
Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).
PERLUKAN BANTUAN?
Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Senarai Cawangan.
Seperti makluman, ksemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM termasuk cawangan di bawah ini.
JOHOR.
- KSL City Mall
- Taman Mount Austin
- Sutera Mall
- Batu Pahat
- Bukit Indah
- Kulai
- Taman Gaya
- Segamat
- Pontian
- Muar
- Permas
- Paradigm Mall
- Taman Tebrau
KUALA LUMPUR.
- Sunway Velocity
- Kepong
- Kuchai Lama
MELAKA.
- Kota Laksamana
NEGERI SEMBILAN.
- Lobak
- Palm Mall
PAHANG.
- Star City Kuantan
- East Coast Mall
PERAK.
- Sitiawan
PERLIS
- Kangar
PULAU PINANG.
- D’Piazza Mall
- Sunway Carnival
- Bukit Mertajam
- All Seasons Place, Farlim
- George Town
SARAWAK.
- Sibu
- Miri
- Bintulu
- Limbang
SELANGOR.
- Atria Shopping Gallery
- Puchong
- Meru Klang
- Kajang
- Seri Kembangan