Baskin Robbins Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke semua cawangan Baskin Robbins halal? Rekod JAKIM 2022 serta Manjual Pensijilan Halal JAKIM dirujuk supaya anda dapat info halal yang sahih.

Semakan status halal kali pertama untuk Baskin Robbins ini telah dibuat pada 13 Feb 2022 menggunakan keywords “BASKIN” dan “GOLDEN SCOOP”.

Perkataan “BASKIN” digunakan kerana ia sebahagian dari nama cafe ini manakala “GOLDEN SCOOP” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik franchise di Malaysia iaitu “GOLDEN SCOOP SDN BHD”.

TIADA rekod sijil halal ditemui. Ini juga bermaksud kesemua cawangan-cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Sewaktu semakan ini dibuat, di lihat ada beberapa perisa ais krim Baskin Robbins yang diperakui halal oleh JAKIM tetapi ia tertera pada sijil halal untuk tempat lain seperti Hotel Impiana KLCC. Antara perisa ini ialah Almond Pistachio, Chocolate, Chocolate Mint, Citrus Twist, Cotton Candy, Gold Medal Ribbon, Hokey Pokey, Jamoca Almond Fudge, Love Portion, Maui Brownie, Pistachio, Rainbow Sherbet, Tango Mango, Vanilla, Very Berry Strawberry dan Vanilla Ice Cream.

TETAPI, perakuan halal untuk Hotel Impiana KLCC TIDAK boleh digunakan sebagai perakuan halal untuk cafe Baskin Robbins kerana ia khusus untuk Impiana saja (ada banyak faktor lain yang JAKIM pertimbangkan sebelum keluar perakuan halal).

Cafe ini boleh mengelak kekeliruan serta keraguan dikalangan pengguna Islam dengan mendapatkan sijil halal dari JAKIM bagi setiap cawangannya; sama seperti yang dibuat oleh pemilik-pemilik franchise lain (contohnya KFC). Tambahan pula cafe ini mempunyai sumber kewangan yang jauh mencukupi untuk dapatkan sijil halal bagi setiap cawanganya.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Baskin Robbins
Baskin Robbins Halal ke Tak?
Senarai Cawangan.

Di bawah ini senarai cawangan cafe ini. Seperti makluman, kesemua cawangan Baskin Robbins TIADA perakuan halal dari JAKIM.

JOHOR.

  1. Aeon Bukit Indah.
  2. Aeon Bandar Dato’ Onn.
  3. Aeon Permas Jaya.
  4. Aeon Tebrau City.
  5. City Square Johor Bharu.
  6. Johor Premium Outlets.
  7. Kluang Mall.
  8. Machap (R&R Arah Utara).
  9. Machap (R&R Arah Selatan).
  10. Mid Valley Southkey, Johor Bharu.
  11. Pagoh (R&R Arah Utara).
  12. Pagoh (R&R Arah Selatan).
  13. Paradigm Mall Skudai.
  14. Petronas Sri Orkid, Johor Bharu.
  15. Petronas Tan Swee Hoe, Batu Pahat.
  16. Shell Bandar Dato’ Onn, Johor Bharu.
  17. Simpang Renggam (Hentian Sebelah Arah Utara).
  18. Sutera Mall, Skudai.
  19. Taman Molek Johor Bharu.
  20. Wetex Parade, Muar.

KEDAH.

  1. Aman Central, Alor Setar.
  2. Lagenda Village Mall, Sungai Petani.

KELANTAN.

  1. Aeon Kota Bharu Mall.
  2. Kota Bharu Mall.

KUALA LUMPUR.

  1. Aeon Alpha Angle.
  2. Aeon AU2 Ampang.
  3. Aeon Taman Maluri.
  4. Avenue K, Jalan Ampang.
  5. Jalan Telawi 3, Bangsar.
  6. Berjaya Times Square.
  7. Cheras Leisure Mall.
  8. Fortune Centra Residence, Kepong.
  9. G Village, Desa Pandan.
  10. KLCC.
  11. Mid Valley.
  12. Mont Kiara.
  13. Nu Sentral.
  14. Pavilion.
  15. Publika, Solaris Dutamas.
  16. Sentul Perdana.
  17. Setapak Central Mall.
  18. Shell Wangsa Maju.
  19. SOGO.
  20. Seri Petaling.
  21. Sunway Putra Mall.
  22. Sunway Velocity Mall.
  23. Taman Connaught, Cheras.
  24. The Gardens Mid Valley.
  25. The Waterfront Park City.
  26. Wangsa Walk Mall.

MELAKA.

  1. Aeon Melaka.
  2. Ayer Keroh North 2.
  3. Ayer Keroh South 2.
  4. Imperial Heritage Hotel.
  5. Mahkota Parade.

NEGERI SEMBILAN.

  1. Aeon Nilai.
  2. Aeon Seremban 2.
  3. Seremban Gateway.

PAHANG.

  1. Berjaya Megamall Kuantan.
  2. Cameron Centrum.
  3. East Coast Mall 2.
  4. Gentting First World Hotel.
  5. Genting Premium Outlets.
  6. Maxims Hotel Genting Highlands.

PULAU PINANG.

  1. Aeon Bukit Mertajam.
  2. Arena Curve.
  3. Burma Road, George Town.
  4. Design Village Outlet Mall.
  5. Gurney Paragon Mall.
  6. Plaza Gurney.
  7. Quensbay Mall.
  8. Sungai Dua.
  9. Sunway Carnival.

PERAK.

  1. Aeon Ipoh Station 18.
  2. Aeon Kinta City.
  3. Aeon Ipoh Klebang.
  4. Aeon Seri Manjung.
  5. Aeon Taiping.
  6. Ipoh Parade.
  7. Ladang Bikam (Hentian Sebelah Arah Utara).
  8. Taiping Mall.
  9. Taping R&R Arah Selatan.

PUTRAJAYA.

  1. Alamanda.
  2. D Pulze.
  3. IOI Mall.

SABAH.

  1. 1Borneo Hypermall.
  2. Imago KK.
  3. Suria Sabah.

SARAWAK.

  1. Aeon Kuching.
  2. Vivacity Megamall.

SELANGOR.

  1. 1 Utama (Phase 2)
  2. 3 Damansara.
  3. Aeon Bukit Raja.
  4. Aeon Bukit Tinggi.
  5. Aeon Cheras Balakong.
  6. Aeon Shah Alam.
  7. Aeon Rawang.
  8. Ampang Point.
  9. Atria Shopping Gallery.
  10. Bandar Puteri.
  11. Banting.
  12. Bukit Tinggi.
  13. Central I City.
  14. Centrepoint.
  15. Citta Mall.
  16. Damen Subang Jaya.
  17. Forum Setia Alam.
  18. IOI Mall Puchong.
  19. IOI Rio Puchong.
  20. Jaya Shopping Centre Petaling Jaya.
  21. Jejantas Sungai Buloh.
  22. Klang Parade.
  23. Kota Kamuning.
  24. Mahkota Cheras.
  25. Melawati Mall.
  26. Metro Point.
  27. Mitsui Outlet Park.
  28. Petronas Bukit Jelutong.
  29. Petronas Setia Alam.
  30. Plaza Shah Alam.
  31. Taman Pelangi Semenyih.
  32. SACC Mall.
  33. Setia City Mall.
  34. Shell Bangi SS7.
  35. Starling Uptown.
  36. Subang Parade.
  37. Sunway Giza.
  38. Sunway Pyramid.
  39. Taipan.
  40. The Curve.
  41. The Mines.
  42. Up Town Damansara.

TERENGGANU.

  1. KTCC Mall.
  2. Mesra Mall.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan pertama untuk check samada cawangan Baskin Robbins halal.


Ini adalah antara ulasan status halal yang telah disediakan untuk anda.

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.