Ali Muthu Ah Hock Halal ke Tak?

Assalamualaikum,

Saya Nizam dari website JomHalal. Email saya ada di bawah jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal tempat ini.

Sama-sama kita doakan agar Allah beri taufik & hidayah pada 3 anak yg baru kembali ke keluarga asalnya; begitu juga pada kita sekeluarga hingga akhir hayat kita. Amiinnn.

Betul ke cawangan Ali Muthu Ah Hock halal? Betul ke sijil halal di FB masih sah? Rekod JAKIM 2022 dirujuk supaya anda dapat info sahih.

Pada FB Ali Muthu Ah Hock ada tertera gambar sijil halal; namun sijil halal tersebut telah tamat pada 31 Ogos 2021. – Gambar sijil halal yang telah tamat tempoh ini disertakan di bawah – lihat “Senarai Menu”.

Jadi untuk beri anda info yang sahih berkaitan status halal cafe ini; semakan kali ke-2 ini telah dibuat di portal JAKIM pada 11 Jan 2022 menggunakan keywords “ALI, MUTHU” dan “GEMPAK”.

TIADA rekod sijil halal ditemui untuk cawangan-cawangan cafe ini. – Ini bermaksud, cawangan-cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

Tapi bukankah ada 1 lokasi cafe ini ada sijil halal? Tak boleh ke sijil halal ni digunakan untuk semua cawangan? JomHalal beri jawapan pada ruangan bertajuk “Info Tambahan Penting”.

Status halal yang anda lihat di sini telah disemak berdasarkan data JAKIM saja supaya anda & pembaca lain dapat pastikan samada tempat ini benar-benar ada perakuan halal dari JAKIM.

Untuk tempat lain; anda boleh lihat di sini > Senarai Penuh 300 Status Halal.

Mohon sokong usaha saya dengan Sponsor website JomHalal ikut amaun pilihan anda.

Share info yang anda tahu ini dengan keluarga & kenalan supaya mereka boleh buat pilihan mereka sendiri berdasarkan info halal yang sahih.

Jika anda perlukan bantuan berkaitan status halal yang anda baca ini ATAU mungkin ingin check tempat makan lain; hubungi terus saya (Nizam).

PERLUKAN BANTUAN?

Di bawah ini ialah info tambahan untuk tempat makan ini.

Ali Muthu Ah Hock
Cara JomHalal Check Status Halal.

JomHalal telah guna perkataan “ALI, MUTHU” di portal halal JAKIM kerana ia sebahagian dari nama cafe ini.

Perkataan “GEMPAK” pula digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik cafe ini iaitu “NASI LEMAK GEMPAK SDN BHD”.

Seperti makluman, kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal JAKIM.

Senarai Cawangan.

Senarai cawangan dipetik dari FB cafe ini.

Seperti makluman di atas, kesemua cawangan ini TIADA perakuan halal dari JAKIM.

  1. Bangsar South.
  2. Jalan Dang Wangi.
  3. KL East Mall.
  4. Oasis Damansara.
  5. Petaling Street.
  6. PJ33.
  7. Publika.
  8. Taman Tun Dr Ismail.
  9. UOA Business Park.
Info Tambahan Penting.

Pada sijil halal pemilik cafe ini iaitu Nasi Lemak Gempak Sdn Bhd tertera 1 alamat yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

JomHalal tidak pasti samada lokasi ini digunakan sebagai central kitchen atau hanya sebagai pejabat pengurusan saja.

Namun yang pasti, sijil halal untuk lokasi ini TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk cawangan kerana lokasi yang berbeza.

Senarai menu yang tertera pada sijil halal untuk lokasi ini juga jauh kurang dari jumlah menu sebenar di setiap cawangan cafe ini.

Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 terbitan Jakim; premis berangkai yang menggunakan jenama yang sama HENDAKLAH membuat permohonan sijil pengesahan halal BAGI SETIAP rangkaian premis dan permohonan hendaklah diuruskan secara berpusat (Rujukan klausa 18 (4)(f)).

Ini bermaksud setiap cawangan cafe Ali Muthu Ah Hock perlu mempunyai sijil halalnya sendiri dan menu di setiap cawangan mestilah sepadan seperti yang tertera pada sijil halal.

Apabila sesebuah cawangan itu TIADA perakuan halal dari Jakim; kita tiada assurance atau jaminan dari Jakim bahawa makanan yang disediakan di setiap cawangan tersebut berstatus halal.

Syarat yang ditetapkan oleh Jakim ini terpakai atas cafe Ali Muthu Ah Hock kerana bilangan cawanganya melebihi dari 3.

Ini cara Jakim tafsirkan maksud “Premis Makanan Berangkai”:

Premis makanan berangkai ertinya premis makanan yang terdiri daripada tiga (3) outlet atau lebih, menggunakan jenama yang sama dan mempunyai amalan perniagaan yang standard berkonsepkan dapur berpusat, pembelian berpusat atau lain-lain amalan perniagaan.
Semakan Status Halal Terdahulu.

Ini adalah semakan yang ke-2 samada Ali Muthu Ah Hock halal.

Semakan sebelum ini pernah dibuat pada 24 Sept 2021 (Kesemua cawangan TIADA perakuan halal dari JAKIM).


Ini adalah antara ulasan status halal yang disediakan untuk anda.

Senarai Menu.

Senarai menu yang anda lihat disini dikhususkan hanya untuk sebuah lokasi yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Namun sijil halal untuk lokasi ini TIDAK boleh digunakan sebagai sijil halal untuk setiap cawangan (lihat penjelasan di “INFO TAMBAHAN PENTING” di atas).

Senarai menu yang kelihatan pada sijil halal untuk lokasi ini juga menurun dengan amat banyak DAN bilangannya jauh kurang dari jumlah menu sebenar di setiap cawangan cafe ini.

Ini yang tertera pada sijil halal yang telah tamat pada 31 Ogos 2021. Ada 36 senarai kesemuanya.

Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.

Pic 1 Ali Muthu Ah Hock
Gambar No. 1
Pic 2 Ali Muthu Ah Hock
Gambar No. 2
Pic 3 Ali Muthu Ah Hock
Gambar No. 3
Pic 4 Ali Muthu Ah Hock
Gambar No. 4

Di bawah ini pula ialah snapshot dari portal JAKIM.

Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.

Snapshot Sijil Halal Nasi Lemak Gempak
Ali Muthu Ah Hock Halal ke Tak?

Harap info di atas membantu.

Terima kasih.
M Nizam Shah
Cari Tempat Makan Halal? Check di website JomHalal.