Tempat-tempat makan ni ada perakuan halal ke tak?

Samada tempat makan ini ada perakuan halal ke tak dirujuk dulu pada rekod JAKIM 2022 (nama tempat makan & pemilik dirujuk) supaya anda dapat info sahih.

Hasil dari semakan ini; ada sebahagiannya dijadikan sebagai artikel penuh seperti Status Halal untuk Nice 2CU Mart dan Starbucks.

Selebihnya pula dihimpunkan dalam bentuk senarai seperti di bawah ini supaya mudah untuk anda tentukan samada sesebuah tempat makan itu “Diperakui Halal oleh Jakim” atau tidak.

Semakan Status Halal.

Status halal yang anda lihat di bawah ini berdasarkan semakan yang dibuat pada Nov 2022.

Frasa “halal ke” di bawah ini merujuk samada sesuatu tempat makan itu “Ada Perakuan Halal dari Jakim” atau “Tiada Perakuan halal dari Jakim”.

Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “ALI, MUTHU” dan “GEMPAK”.

Perkataan “GEMPAK” digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik kopitiam ini iaitu “NASI LEMAK GEMPAK SDN BHD”.

Hanya 1 lokasi saja dilihat ada perakuan halal iaitu di Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Ini juga bermaksud, lokasi-lokasi lain TIADA perakuan halal dari Jakim.

Baskin Robins halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “BASKIN” dan “GOLDEN SCOOP”.

Perkataan “GOLDEN SCOOP” mewakili nama pemilik iaitu “GOLDEN SCOOP SDN BHD”.

Tiada rekod sijil halal yang ditemui yang bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Black Whale Cunfry halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “BLACK WHALE” dan “GOLDEN WHALE” (mewakili nama cafe dan nama pemilik iaitu “GOLDEN WHALE INTERNATIONAL SDN BHD”).

Tiada rekod sijil halal ditemui yang bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Chunz halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “CHUN” dan “EDIBLES”.

Perkataan “EDIBLES” mewakili nama pemilik iaitu “EDIBLES SDN BHD”.

Hanya 7 cawangan saja diperakui halal oleh Jakim seperti yang disenaraikan di bawah ini:

JOHOR

  1. Toppen Taman Desa Tebrau.

KUALA LUMPUR

  1. Mytown Jalan Cochrane.
  2. Berjaya Times Square, Jalan Imbi.

MELAKA

  1. Melaka Megamall Dataran Pahlawan.

PUTRAJAYA

  1. Putrajaya IOI City Mall.

SELANGOR

  1. Metro Point Kajang.
  2. Dpulze Cyberjaya.
Coffee Bean halal ke?

Keyword untuk check halal ke tak ialah “COFFEE BEAN” kerana ia sebahagian dari nama cafe ini dan juga nama pemiliknya iaitu “THE COFFEE BEAN AND TEA LEAF (M) SDN BHD”.

Tiada rekod sijil halal ditemui untuk cawangan-cawangan cafe ini yang bermaksud kesemua cawangan TIADA perakuan halal dari Jakim.

Crowd 99 halal ke?

Keyword untuk check halal ke tak ialah “Crowd 99”. Tempat makan ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

GPR Mart Cafe halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “GPR” dan “Global” (mewakili nama cafe ini serta nama pemiliknya iaitu “GPR I STORE SDN. BHD” dan “GLOBAL PREMIUM RESOURCES SDN BHD”).

Semakan di portal Jakim menunjukkan menu di kesemua cawangan GPR Mart Cafe tiada perakuan halal dari Jakim

Madam Kwan halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “MADAM” dan “SUEZ” (mewakili nama restoren ini serta pemiliknya iaitu “SUEZ TOP VENTURES SDN BHD”). Tiada rekod halal ditemui di portal Jakim yang bermaksud restoren ini TIADA perakuan halal.

Nifayyi Warung & Kafe halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “NIFAYYI” dan “WARUNG”.

Tiada rekod sijil ditemui yang bermaksud cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Taco Bell di Malaysia halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “TACO” dan “DISRUPTIVE” (mewakili nama restoren ini serta pemiliknya iaitu “DISRUPTIVE CONCEPTS SDN BHD”).

Restoren ini mempunyai 16 cawangan TETAPI hanya 6 cawangan saja ada perakuan halal dari Jakim (lihat senarai di bawah ini).

KUALA LUMPUR

  1. Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
  2. Jalan Setiwangsa 10, Taman Setiawangsa.
  3. Jln Wangsa Delima 13, Wangsa Maju.

SELANGOR

  1. Cottage Walk Cyberjaya
  2. Sunway Pyramid Subang Jaya.
  3. Tropicana Gardens Mall.

Cawangan-cawangan lain yang tidak disenaraikan TIADA perakuan halal.

Selain dari rumusan di atas; anda boleh juga lihat ulasan penuh untuk tempat-tempat makan ini:

  1. 4Fingers
  2. Absolute Thai
  3. Auntie Anne
  4. Bakers Cottage
  5. BananaBro
  6. Black Canyon
  7. Boat Noodle
  8. D Laksa
  9. Dolly Dim Sum
  10. Dubuyo
  11. Empire Sushi
  12. FamilyMart
  13. Ichiban Ramen
  14. Johnny Restaurant
  15. Kenny Hill Bakers
  16. KFry
  17. Kyochon
  18. Mr Dakgalbi
  19. Nice2CU Mart
  20. Shihlin Taiwan Street Snacks
  21. Starbucks
  22. Sukiya Tokyo Bowls & Noodles
  23. Sushi Mentai
  24. Teochew Chendul
  25. Tony Romas
  26. Zus Coffee

PENTING:

Untuk makluman anda, ada beberapa ulasan halal yang sudah tiada lagi dalam website JomHalal. Jadi ada kemungkinan; status halal yang anda cari itu tiada. Untuk bantu anda; email terus ke saya melalui link ini > email Nizam.

Anda juga boleh guna email yang sama untuk minta saya checkkan status halal untuk tempat-tempat makan yang lain.

Tajaan Anda Diperlukan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah sepenuhnya, JomHalal telah jadi sumber rujukan pada lebih 600,000 pembaca sejak JomHalal dilancarkan pada April 2021. Di bawah ini ialah “snapshot” pembaca JomHalal dari April 2021 hingga Nov 2022.

Untuk tampung jumlah pembaca yang tinggi ini; JomHalal terpaksa guna Server yang baik dengan kos USD40 setiap bulan iaitu kira-kira RM200 sebulan.

Alhamdulillah, 4 individu telah sudi taja RM20 sebulan untuk tampung kos server ini.

JomHalal perlukan 6 orang lagi Penaja (setiap seorang akan menaja atau Sponsor hanya RM20 saja setiap bulan).

Jika anda berminat, mohon hulurkan tajaan anda melalui link di bawah ini.

ADA SOALAN STATUS HALAL?

Ramai pembaca telah email saya untuk tanyakan status halal tempat-tempat makan yang mereka pilih. Anda boleh juga email saya.

InsyaAllah saya akan buat semakan segera (kecuali pada hujung minggu dan hari cuti umum).