Tempat-tempat makan ni ada perakuan halal ke tak?

Samada tempat makan ini ada perakuan halal ke tak dirujuk dulu pada rekod JAKIM 2022 (nama tempat makan & pemilik dirujuk) supaya anda dapat info sahih.

Hasil dari semakan ini; ada sebahagiannya dijadikan sebagai artikel penuh seperti Status Halal untuk Nice 2CU Mart dan Starbucks.

Senarai Status Halal Tempat Makan Lain yang anda cari itu ada disediakan di bawah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah sepenuhnya, website JomHalal ini telah jadi sumber rujukan pada lebih 600,000 pembaca sejak JomHalal dilancarkan pada April 2021.

Sekiranya anda berminat untuk taja website JomHalal ini anda boleh buat melalui link di bawah.

Pada waktu ini, hanya 4 Penaja diperlukan untuk tampung kos server website JomHalal (setiap seorang akan menaja atau Sponsor hanya RM20 saja setiap bulan).

Saya sertakan juga di bawah ini semakan status halal serta “quick info” untuk tempat makan lain. Mudah-mudahan membantu.

Tarikh kemaskini: Nov/Dis 2022.

Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “ALI, MUTHU” dan “GEMPAK”.

Perkataan “GEMPAK” digunakan kerana ia sebahagian dari nama pemilik kopitiam ini iaitu “NASI LEMAK GEMPAK SDN BHD”.

Hanya 1 lokasi saja dilihat ada perakuan halal iaitu di Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Ini juga bermaksud, lokasi-lokasi lain TIADA perakuan halal dari Jakim.

Baskin Robins halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “BASKIN” dan “GOLDEN SCOOP”.

Perkataan “GOLDEN SCOOP” mewakili nama pemilik iaitu “GOLDEN SCOOP SDN BHD”.

Tiada rekod sijil halal yang ditemui yang bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Black Whale Cunfry halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “BLACK WHALE” dan “GOLDEN WHALE” (mewakili nama cafe dan nama pemilik iaitu “GOLDEN WHALE INTERNATIONAL SDN BHD”).

Tiada rekod sijil halal ditemui yang bermaksud kesemua cawangan cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Chunz halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “CHUN” dan “EDIBLES”.

Perkataan “EDIBLES” mewakili nama pemilik iaitu “EDIBLES SDN BHD”.

Hanya 7 cawangan saja diperakui halal oleh Jakim seperti yang disenaraikan di bawah ini:

JOHOR

  1. Toppen Taman Desa Tebrau.

KUALA LUMPUR

  1. Mytown Jalan Cochrane.
  2. Berjaya Times Square, Jalan Imbi.

MELAKA

  1. Melaka Megamall Dataran Pahlawan.

PUTRAJAYA

  1. Putrajaya IOI City Mall.

SELANGOR

  1. Metro Point Kajang.
  2. Dpulze Cyberjaya.
Coffee Bean halal ke?

Keyword untuk check halal ke tak ialah “COFFEE BEAN” kerana ia sebahagian dari nama cafe ini dan juga nama pemiliknya iaitu “THE COFFEE BEAN AND TEA LEAF (M) SDN BHD”.

Tiada rekod sijil halal ditemui untuk cawangan-cawangan cafe ini yang bermaksud kesemua cawangan TIADA perakuan halal dari Jakim.

Crowd 99 halal ke?

Keyword untuk check halal ke tak ialah “Crowd 99”. Tempat makan ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

GPR Mart Cafe halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “GPR” dan “Global” (mewakili nama cafe ini serta nama pemiliknya iaitu “GPR I STORE SDN. BHD” dan “GLOBAL PREMIUM RESOURCES SDN BHD”).

Semakan di portal Jakim menunjukkan menu di kesemua cawangan GPR Mart Cafe tiada perakuan halal dari Jakim

Madam Kwan halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “MADAM” dan “SUEZ” (mewakili nama restoren ini serta pemiliknya iaitu “SUEZ TOP VENTURES SDN BHD”). Tiada rekod halal ditemui di portal Jakim yang bermaksud restoren ini TIADA perakuan halal.

Nifayyi Warung & Kafe halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “NIFAYYI” dan “WARUNG”.

Tiada rekod sijil ditemui yang bermaksud cafe ini TIADA perakuan halal dari Jakim.

Taco Bell di Malaysia halal ke?

Keywords untuk check halal ke tak ialah “TACO” dan “DISRUPTIVE” (mewakili nama restoren ini serta pemiliknya iaitu “DISRUPTIVE CONCEPTS SDN BHD”).

Restoren ini mempunyai 16 cawangan TETAPI hanya 6 cawangan saja ada perakuan halal dari Jakim (lihat senarai di bawah ini).

KUALA LUMPUR

  1. Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
  2. Jalan Setiwangsa 10, Taman Setiawangsa.
  3. Jln Wangsa Delima 13, Wangsa Maju.

SELANGOR

  1. Cottage Walk Cyberjaya
  2. Sunway Pyramid Subang Jaya.
  3. Tropicana Gardens Mall.

Cawangan-cawangan lain yang tidak disenaraikan TIADA perakuan halal.

  1. 4Fingers
  2. Absolute Thai
  3. Ah Cheng Laksa
  4. Amarin Heavenly Thai
  5. Aroi Thai
  6. Auntie Anne
  7. Bakers Cottage
  8. BananaBro
  9. Bask Bear Coffee
  10. Bawangchaji
  11. Big Apple Donut
  12. Black Canyon
  13. Black Ball
  14. Boat Noodle
  15. Bread History
  16. Chilis
  17. Chizu
  18. D Laksa
  19. Dolly Dim Sum
  20. Dubuyo
  21. Empire Sushi
  22. FamilyMart
  23. Harold Bread
  24. Ichiban Ramen
  25. Johnny Restaurant
  26. Kenny Hill Bakers
  27. KFry
  28. Krispy Kreme
  29. Kyochon
  30. Lavender Bakery
  31. Mr Dakgalbi
  32. Myeongdong Topokki
  33. Nice2CU Mart
  34. Nippon Sushi
  35. Oiso
  36. Old Town White Coffee
  37. Para Thai
  38. Rotiboy
  39. Seoul Garden
  40. Shihlin Taiwan Street Snacks
  41. Sopoong
  42. Starbucks
  43. Sukiya Tokyo Bowls & Noodles
  44. Sushi Mentai
  45. Sushi Ya
  46. Sushi Zanmai
  47. Teochew Chendul
  48. TGI Fridays
  49. Tony Romas
  50. Zus Coffee

Email saya jika tempat makan yang anda cari itu tiada dalam senarai di atas.

Terima Kasih
M Nizam Shah
Pengasas & Penulis JomHalal.org